My bookmarksSign up free
← Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 13

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 13

s 13 Rights of limited partner

(1) A limited partner has the same right as a general partner— (a) during business hours, to inspect and make copies of or take extracts from the Labuan limited partnership books, documents and records; and (b) to be given, on demand, true and full information of all things affecting the Labuan limited partnership and to be given a formal account of partnership affairs whenever circumstances render it just and reasonable to do so. (2) A limited partner shall not be entitled to dissolve a Labuan limited partnership by notice except as expressly provided in the partnership agreement or as provided under subsection 26(3). (3) Subject to any provision, express or implied, of the partnership agreement to the contrary, a Labuan limited partnership shall not be dissolved by— (a) in the case of a limited partner who is an individual, his death, legal incapacity, bankruptcy, retirement or withdrawal from the Labuan limited partnership; and (b) in the case of a limited partner which is a corporation, its dissolution, bankruptcy or withdrawal from the Labuan limited partnership.

Malay text (authoritative)

Hak pekongsi terhad

(1) Seorang pekongsi terhad mempunyai hak yang sama seperti seorang pekongsi am— (a) semasa waktu perniagaan, untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada buku, dokumen dan rekod perkongsian terhad Labuan; dan (b) untuk diberi, apabila diminta, maklumat yang benar dan lengkap tentang segala perkara yang menyentuh perkongsian terhad Labuan dan untuk diberi penjelasan rasmi tentang hal-ehwal perkongsian bilamana hal keadaan menjadikannya adil dan munasabah untuk berbuat demikian. (2) Seseorang pekongsi terhad tidak berhak untuk membubarkan sesuatu perkongsian terhad Labuan dengan notis kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam perjanjian perkongsian atau sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 26(3). (3) Tertakluk pada mana-mana peruntukan, yang nyata atau tersirat, dalam perjanjian perkongsian yang berlawanan, sesuatu perkongsian terhad Labuan tidak boleh dibubarkan oleh— (a) dalam hal pekongsi terhad yang merupakan seorang individu, kematiannya, ketidakupayaannya di sisi undang-undang, kebankrapannya, persaraannya atau pengunduran dirinya daripada perkongsian terhad Labuan itu; dan (b) dalam hal pekongsi terhad yang merupakan suatu perbadanan, pembubarannya, kebankrapannya atau pengundurannya daripada perkongsian terhad Labuan itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 707 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next