My bookmarksSign up free
← Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 17

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 17

s 17 Return of limited partner’s contribution

(1) A limited partner shall not, on dissolution or otherwise, receive out of the capital of a Labuan limited partnership a payment representing a return of any part of his contribution to the Labuan limited partnership unless at the time of and immediately after such payment the Labuan limited partnership is solvent. (2) For a period of six months from the date of receipt by a limited partner of any payment representing a return of contribution or part thereof received by such limited partner in circumstances where the requirements of subsection (1) have not been met, such payment shall be repayable by such limited partner with interest at the prescribed rate to the extent that such contribution or part thereof is necessary to discharge a debt or obligation of the Labuan limited partnership incurred during the period that the contribution represented an asset of the Labuan limited partnership. (3) Notwithstanding the provision of this section, a limited partner shall not be liable to repay any payment representing a return of his contribution or part thereof, except— (a) as provided in subsection (2); or (b) in the case of fraud. (4) Subject to subsections (1) and (2), a limited partner may demand payment representing the return of all or part of his contribution— (a) on the dissolution of the Labuan limited partnership; (b) at the time specified in the partnership agreement for its return; or (c) after he has given six months’ notice in writing to all other partners if no time is specified in the partnership agreement either for the return of the contribution or for the dissolution of the Labuan limited partnership. (5) A limited partner has, notwithstanding the nature of his contribution, only the right to demand and receive money in return for it, unless— (a) there is a statement to the contrary in the partnership agreement; or (b) all the partners consent to some other manner of returning the contribution. (6) In this section, “payment” includes the release of any obligation forming part of the capital contribution, and any liability to make repayments pursuant to subsection (2) shall be construed accordingly.

Malay text (authoritative)

Pemulangan sumbangan pekongsi terhad

(1) Seseorang pekongsi terhad tidak boleh, pada masa pembubaran atau selainnya, menerima suatu pembayaran daripada modal sesuatu perkongsian terhad Labuan yang merupakan pemulangan mana-mana bahagian sumbangannya kepada perkongsian terhad Labuan itu melainkan jika pada masa dan sebaik selepas pembayaran itu dibuat perkongsian terhad Labuan itu adalah solven. (2) Selama tempoh enam bulan dari tarikh penerimaan oleh pekongsi terhad apa-apa pembayaran yang merupakan pemulangan sumbangan atau bahagian sumbangan yang diterima oleh pekongsi terhad itu dalam hal keadaan kehendak dalam subseksyen (1) tidak dipenuhi, pembayaran itu hendaklah kena dibayar balik oleh pekongsi terhad itu dengan bunga pada kadar yang ditetapkan setakat yang sumbangan itu atau bahagian sumbangan itu perlu untuk menunaikan hutang atau obligasi perkongsian terhad Labuan yang ditanggung dalam tempoh yang sumbangan itu merupakan suatu aset perkongsian terhad Labuan itu. (3) Walau apa pun peruntukan seksyen ini, seseorang pekongsi terhad tidak bertanggungan untuk membayar balik apa-apa pembayaran yang merupakan pemulangan sumbangannya atau bahagian sumbangannya, kecuali— (a) sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2); atau (b) dalam hal fraud. (4) Tertakluk pada subseksyen (1) dan (2), pekongsi terhad boleh menuntut pembayaran yang merupakan pemulangan semua atau sebahagian daripada sumbangannya— (a) apabila perkongsian terhad Labuan itu dibubarkan; (b) pada masa yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian bagi pemulangannya; atau (c) selepas pekongsi terhad itu memberikan notis bertulis enam bulan kepada semua pekongsi lain jika tiada masa dinyatakan dalam perjanjian perkongsian itu sama ada bagi pemulangan sumbangan atau bagi pembubaran perkongsian terhad Labuan itu. (5) Seseorang pekongsi terhad hanya mempunyai, walau apa pun jenis sumbangannya, hak untuk menuntut dan menerima wang sebagai pemulangan sumbangannya, melainkan jika— (a) terdapat pernyataan yang berlawanan dalam perjanjian perkongsian; atau (b) semua pekongsi memberikan keizinan untuk memulangkan sumbangan itu dengan cara yang lain. (6) Dalam seksyen ini, “pembayaran” termasuklah pelepasan apa-apa obligasi yang membentuk sebahagian daripada sumbangan modal, dan apa-apa liabiliti untuk membuat pembayaran balik menurut subseksyen (2) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 707 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next