s 2 Interpretation
(1) In this Act, unless the context otherwise requires—
“approved liquidator” means a person approved under subsection 12(1) of the Labuan Companies Act 1990 [Act 441];
“Authority” means the Labuan Financial Services Authority established under section 3 of the Labuan Financial Services Authority Act 1996 [Act 545];
“authorized officer” means an officer duly authorized by the Authority under subsection 3(2);
“certificate” means a certificate issued under this Act;
“certified” means certified in the prescribed manner to be a particular document or to be a true copy thereof;
“corporation” means any body corporate formed or incorporated or existing within Malaysia or outside Malaysia and includes a foreign Labuan company but does not include—
(a) a corporation sole;
(b) a trade union registered under any written law as a trade union; and
(c) a society registered under any written law relating to co-operative societies;
“court” means a court of competent jurisdiction;
“designated partner”, in relation to a Labuan limited liability partnership, means a partner identified as a designated partner in the application made to the Authority under section 30 or a notice filed under section 31;
“general partner”, in relation to a Labuan limited partnership, means a person who is named as a general partner in the partnership agreement filed under subsection 5(2) and if more than one, means each general partner;
“Labuan” means the Federal Territory of Labuan;
“Labuan company” has the meaning assigned to it in the Labuan Companies Act 1990;
“Labuan limited liability partnership” means a limited liability partnership registered under section 30 or 48;
“Labuan limited partnership” means a limited partnership registered under section 5;
“Labuan trust company” means a company registered as a Labuan trust company under Part V of the Labuan Financial Services and Securities Act 2010 [Act 704];
“limited partner”, in relation to a Labuan limited partnership, means a person who is named as a limited partner in the register kept under subsection 9(5) and if more than one, means each limited partner;
“Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for finance;
“partner”—
(a) in relation to a Labuan limited partnership, means a limited partner or a general partner; and
(b) in relation to a Labuan limited liability partnership, means a person who is a partner, including a designated partner, in that partnership and named as such in the application made to the Authority under section 30 or a notice filed under section 31,
as the case may be;
“partnership agreement” means an agreement in writing of the partners as to the affairs of a Labuan limited partnership or a Labuan limited liability partnership, as the case may be, and the rights and obligations of the partners among themselves;
“partnership interest” means a partner’s share of the profits and losses of a Labuan limited partnership or a Labuan limited liability partnership, as the case may be, and the right to receive distribution of partnership assets and other benefits conferred by the partnership agreement;
“prescribe”, where no mode is mentioned, means prescribe from time to time by order published in the Gazette, and a power to prescribe includes the power to make different provisions in the order for different persons, classes, categories or descriptions of persons, and “prescribed” shall be construed accordingly;
“property” includes—
(a) assets of every kind, whether corporeal or incorporeal, movable or immovable, tangible or intangible, however acquired; and
(b) legal documents or instruments in any form, including electronic or digital, evidencing title to or interest in, such assets, including bank cheques, money orders, shares, securities, bonds, bank drafts and letters of credit;
“register”—
(a) in respect of Labuan limited partnerships, means the register maintained under subsection 5(3); and
(b) in respect of Labuan limited liability partnerships, means the register maintained under subsection 30(7);
“resident” means a person who—
(a) in relation to a natural person, is a citizen or permanent resident of Malaysia; and
(b) in relation to any other person, has established a place of business, and is operating, in Malaysia,
and includes a person who is declared to be a resident pursuant to section 43 of the *Exchange Control Act 1953 [Act 17];
“ringgit” means a ringgit in the currency of Malaysia;
“specify”, where no mode is mentioned, means specify from time to time in writing, and a power to specify includes the power to specify differently for different persons, classes, categories or descriptions of persons, and “specified” shall be construed accordingly;
“statutory value” has the meaning assigned to it in subsection 10(2).
(2) For the purposes of this Act, a Labuan limited partnership is insolvent at a particular time when the general partner is unable to discharge the debts and obligations of the Labuan limited partnership, excluding liabilities to partners in respect of their partnership interests, as they fall due, out of the assets of the Labuan limited partnership without recourse to the separate assets of a general partner not contributed to the Labuan limited partnership, and “solvent” shall be construed accordingly.
*NOTE—The Exchange Control Act 1953 [Act 17] has since been repealed by the Financial Services Act 2013 [Act 758] which comes into operation on 30 June 2013—see section 271 Act 758.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“daftar”—
(a) berkenaan dengan perkongsian terhad Labuan, ertinya daftar yang disenggarakan di bawah subseksyen 5(3); dan
(b) berkenaan dengan perkongsian liabiliti terhad Labuan, ertinya daftar yang disenggarakan di bawah subseksyen 30(7);
“diperakui” ertinya diperakui dengan cara yang ditetapkan sebagai dokumen tertentu atau sebagai salinan benar dokumen tertentu itu;
“harta” termasuklah—
(a) tiap-tiap jenis aset, sama ada zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, ketara atau tidak ketara, walau bagaimana diperoleh; dan
(b) dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang membuktikan hak milik kepada atau kepentingan mengenai, aset itu, termasuk cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf bank dan surat kredit;
“kepentingan perkongsian” ertinya bahagian seseorang pekongsi daripada keuntungan dan kerugian suatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hak untuk menerima pembahagian aset perkongsian dan faedah lain yang diberikan oleh perjanjian perkongsian;
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];
“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
“menetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya menetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah itu bagi orang, golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan, dan “ditetapkan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“menyatakan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya menyatakan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan kuasa untuk menyatakan termasuklah kuasa untuk menyatakan secara berlainan bagi orang, golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan, dan “dinyatakan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“nilai statutori” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 10(2);
“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga di bawah subseksyen 3(2);
“pekongsi”—
(a) berhubung dengan sesuatu perkongsian terhad Labuan, ertinya seseorang pekongsi terhad atau seseorang pekongsi am; dan
(b) berhubung dengan sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan, ertinya seseorang yang merupakan pekongsi, termasuk pekongsi ditetapkan, dalam perkongsian itu dan dinamakan sedemikian dalam permohonan yang dibuat kepada Lembaga di bawah seksyen 30 atau notis yang difailkan di bawah seksyen 31,
mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pekongsi am”, berhubung dengan sesuatu perkongsian terhad Labuan, ertinya seseorang yang dinamakan sebagai seorang pekongsi am dalam perjanjian perkongsian yang difailkan di bawah subseksyen 5(2) dan jika lebih daripada seorang, ertinya setiap pekongsi am;
“pekongsi ditetapkan”, berhubung dengan sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan, ertinya seseorang pekongsi yang dikenal pasti sebagai seorang pekongsi ditetapkan dalam permohonan yang dibuat kepada Lembaga di bawah seksyen 30 atau notis yang difailkan di bawah seksyen 31;
“pekongsi terhad”, berhubung dengan sesuatu perkongsian terhad Labuan, ertinya seseorang yang dinamakan sebagai seorang pekongsi terhad dalam daftar yang disimpan di bawah subseksyen 9(5) dan jika lebih daripada seorang, ertinya setiap pekongsi terhad;
“pelikuidasi yang diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan di bawah subseksyen 12(1) Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];
“pemastautin” ertinya seseorang yang—
(a) berhubung dengan orang sebenar, merupakan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; dan
(b) berhubung dengan mana-mana orang lain, telah menubuhkan suatu tempat perniagaan, dan sedang beroperasi, di Malaysia,
dan termasuklah seseorang yang diisytiharkan sebagai pemastautin menurut seksyen 43 *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17];
“perakuan” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan atau wujud di Malaysia atau di luar Malaysia dan termasuklah sesuatu syarikat Labuan asing tetapi tidak termasuk—
(a) sesuatu perbadanan seorang;
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 Akta 758.
(b) sesuatu kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai kesatuan sekerja; dan
(c) sesuatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;
“perjanjian perkongsian” ertinya suatu perjanjian bertulis pekongsi-pekongsi tentang hal-ehwal sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hak dan obligasi pekongsi sesama mereka;
“perkongsian liabiliti terhad Labuan” ertinya suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah seksyen 30 atau 48;
“perkongsian terhad Labuan” ertinya suatu perkongsian terhad yang didaftarkan di bawah seksyen 5;
“syarikat amanah Labuan” ertinya suatu syarikat yang didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah Labuan di bawah Bahagian V Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];
“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990;
“ringgit” ertinya ringgit dalam mata wang Malaysia.
(2) Bagi maksud Akta ini, suatu perkongsian terhad Labuan adalah tidak solven pada sesuatu masa tertentu apabila pekongsi am tidak berupaya untuk menunaikan hutang dan obligasi perkongsian terhad Labuan itu, tidak termasuk liabiliti kepada pekongsi berkenaan dengan kepentingan perkongsiannya, apabila ia kena dibayar, daripada aset perkongsian terhad Labuan itu tanpa menggunakan aset berasingan seseorang pekongsi am yang tidak disumbangkan kepada perkongsian terhad Labuan itu, dan “solven” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).