Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 30
s 30 Registration of Labuan limited liability partnership
(1) An application for the registration of a Labuan limited liability partnership shall be made to the Authority by any person who is, on registration, to be a designated partner, and accompanied by the prescribed fee and such documents as may be specified by the Authority.
(2) The application shall stateβ
(a) the name under which the Labuan limited liability partnership is to be conducted;
(b) the intended address of the registered office of the Labuan limited liability partnership;
(c) the full name and address of each person who is to be a partner in the Labuan limited liability partnership and, where any of these persons is a corporation, the place where it is incorporated and its registered or principal office;
(d) the full name and address of the person who is to be a designated partner and, where the person is a corporation, the place where it is incorporated and its registered or principal office;
(e) the nature of business to be undertaken; and
(f) such other information as may be specified by the Authority.
(3) Upon the registration of a Labuan limited liability partnership, the Authority shall issue a certificate of registration which shall be signed by the Authority or any of its authorized officers and sealed with its seal.
(4) A certificate of registration issued under subsection (3) shall be conclusive evidence that the Labuan limited liability partnership has been registered with the Authority.
(5) The Authority may impose or attach any condition, restriction or term as it thinks fit to a registration under this section.
(6) Nothing in this section shall be construed as to require the Authority to register a limited liability partnership if it is not satisfied with the particulars or other information furnished under this Act.
(7) The Authority shall maintain a register of Labuan limited liability partnerships registered under this Act.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran perkongsian liabiliti terhad Labuan
(1) Sesuatu permohonan bagi pendaftaran perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah dibuat kepada Lembaga oleh mana-mana orang yang, apabila didaftarkan, akan menjadi pekongsi ditetapkan, dan disertai dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Lembaga.
(2) Permohonan itu hendaklah menyatakanβ
(a) nama yang dengannya perkongsian liabiliti terhad Labuan itu akan dijalankan;
(b) alamat yang dicadangkan bagi pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad Labuan itu;
(c) nama penuh dan alamat setiap orang yang akan menjadi pekongsi dalam perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dan, jika mana-mana daripada orang itu merupakan suatu perbadanan, tempat di mana perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftar atau pejabat utamanya;
(d) nama penuh dan alamat orang yang akan menjadi pekongsi ditetapkan dan, jika orang itu merupakan suatu perbadanan, tempat di mana perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftar atau pejabat utamanya;
(e) jenis perniagaan yang hendak diusahakan; dan
(f) apa-apa maklumat lain yang dinyatakan oleh Lembaga.
(3) Apabila sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan didaftarkan, Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang hendaklah ditandatangani oleh Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasanya dan dimeterai dengan meterai Lembaga.
(4) Sesuatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan itu telah didaftarkan dengan Lembaga.
(5) Lembaga boleh mengenakan atau melampirkan apa-apa syarat, sekatan atau terma yang difikirkannya patut bagi pendaftaran di bawah seksyen ini.
(6) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Lembaga untuk mendaftarkan sesuatu perkongsian liabiliti terhad jika Lembaga tidak berpuas hati dengan butir-butir atau maklumat lain yang diberikan di bawah Akta ini.
(7) Lembaga hendaklah menyenggarakan suatu daftar perkongsian liabiliti terhad Labuan yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Read this section in the full act β Β· Open Chapter 1 β
Find Act 707 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).