My bookmarksSign up free
← Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 38

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 38

s 38 Effect of registration

(1) On and from the date of registration specified in the certificate of registration issued under subsection 37(1) (referred to in this Chapter as the “date of registration”)— (a) there shall be a Labuan limited liability partnership by the name specified in the certificate of registration registered under this Act, with all the attributes described in Part IV of this Act and subject to the provisions of this Act; (b) all movable and immovable properties vested in the Labuan limited partnership or Labuan company, all interests, rights, privileges, liabilities and obligations relating to the Labuan limited partnership or Labuan company, and the whole of the undertaking of the Labuan limited partnership or Labuan company, as the case may be, shall be transferred to and shall vest in the Labuan limited liability partnership without further assurance, act or deed; (c) the Labuan limited partnership or Labuan company shall be deemed to be dissolved; and (d) the Labuan limited partnership or Labuan company shall be removed from the register of Labuan limited partnerships maintained by the Authority or register of companies maintained under the Labuan Companies Act 1990, respectively. (2) If any property to which paragraph (1)(b) applies is registered with a relevant authority, the Labuan limited liability partnership shall, as soon as practicable after the date of registration, take all necessary steps as required by the relevant authority to notify that relevant authority of the conversion and of the particulars of the Labuan limited liability partnership in such medium and form as the Authority may determine.

Malay text (authoritative)

Kesan pendaftaran

(1) Pada dan dari tarikh pendaftaran yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 37(1) (yang disebut dalam Bab ini sebagai “tarikh pendaftaran”)— (a) hendaklah ada suatu perkongsian liabiliti terhad Labuan dengan nama yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran yang didaftarkan di bawah Akta ini, dengan semua sifat yang diperihalkan dalam Bahagian IV Akta ini dan tertakluk pada peruntukan Akta ini; *CATATAN—Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir Labuan 1997 [Akta 565] telah dimansuhkan oleh Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707] yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2010—lihat seksyen 91 Akta 707. (b) semua harta alih dan harta tak alih yang terletak hak pada perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan, semua kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti dan obligasi yang berhubungan dengan perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu, dan keseluruhan perusahaan perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dipindah hak milik dan terletak hak pada perkongsian liabiliti terhad Labuan tanpa jaminan, tindakan atau surat ikatan lanjut; (c) perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu hendaklah disifatkan sebagai dibubarkan; dan (d) perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu hendaklah dikeluarkan daripada daftar perkongsian terhad Labuan yang disenggarakan oleh Lembaga atau daftar syarikat yang disenggarakan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, masing-masing. (2) Jika mana-mana harta yang baginya perenggan (1)(b) terpakai didaftarkan dengan sesuatu pihak berkuasa, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas tarikh pendaftaran, mengambil semua langkah perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk memberitahu pihak berkuasa yang berkenaan itu mengenai penukaran dan butir-butir perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dalam apa-apa perantara dan bentuk yang ditentukan oleh Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 707 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next