My bookmarksSign up free
← Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 48

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 48

s 48 Registration of recognized limited liability partnership

(1) A foreign limited liability partnership shall not have a place of business in Labuan or carry on business in Labuan unless it is registered as a recognized limited liability partnership under this Act. (2) Every foreign limited liability partnership shall, prior to establishing a place of business, or carrying on business, in Labuan, file with the Authority for registration— (a) a certified copy of the certificate of its incorporation or registration in its place of incorporation or origin, or a document of similar effect; (b) a certified copy of its partnership agreement, if there is any; (c) a list of its partners containing the full name and address of each partner and, where any of these persons is a corporation, the place where it is incorporated and its registered or principal office; (d) the full name and address of the designated partner or any other person by any name called who shall be charged with the duties and obligations of a designated partner under this Act and, where the person is a corporation, the place where it is incorporated and its registered or principal office; (e) a memorandum of appointment or power of attorney under the seal of the foreign limited liability partnership or executed on its behalf in such manner as to be binding on the foreign limited liability partnership and, in either case, verified in the prescribed manner, stating the name of a Labuan trust company that is authorized to accept on its behalf service of process and any notice required to be served on the foreign limited liability partnership; and (f) a statutory declaration in the prescribed form made by an officer of the Labuan trust company, and the Authority may, on payment of the prescribed fees, and subject to this Act and any condition which it may impose, register the foreign limited liability partnership under this Part as a recognized limited liability partnership. (3) Upon the registration of a recognized limited liability partnership, the Authority shall issue a certificate of registration which shall be signed by the Authority or any of its authorized officers and sealed with its seal. (4) A certificate of registration issued under subsection (3) shall be conclusive evidence that the recognized limited liability partnership has been registered with the Authority. (5) Where a memorandum of appointment or power of attorney filed with the Authority under paragraph (2)(e) is executed by a person on behalf of a foreign limited liability partnership, a copy of the deed or document by which that person is authorized to execute the memorandum of appointment or power of attorney, verified by statutory declaration in the prescribed manner, shall be filed with the Authority and the copy shall for all purposes be regarded as an original.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf

(1) Sesuatu perkongsian liabiliti terhad asing tidak boleh mempunyai tempat perniagaan di Labuan atau menjalankan perniagaan di Labuan melainkan jika perkongsian liabiliti terhad asing itu didaftarkan sebagai suatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf di bawah Akta ini. (2) Tiap-tiap perkongsian liabiliti terhad asing hendaklah, sebelum menubuhkan tempat perniagaan, atau menjalankan perniagaan, di Labuan, memfailkan dengan Lembaga bagi pendaftaran— (a) suatu salinan terperaku perakuan bagi pemerbadanannya atau pendaftarannya di tempat perkongsian liabiliti terhad asing itu diperbadankan atau tempat asalnya, atau suatu dokumen yang membawa kesan yang serupa; (b) suatu salinan terperaku perjanjian perkongsiannya, jika ada; (c) suatu senarai pekongsinya yang mengandungi nama penuh dan alamat setiap pekongsi dan, jika mana-mana daripada orang ini merupakan suatu perbadanan, tempat di mana perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftarnya atau pejabat utamanya; (d) nama penuh dan alamat pekongsi ditetapkan atau mana-mana orang lain dengan apa jua nama yang dipanggil yang dipertanggungkan dengan kewajipan dan obligasi seorang pekongsi ditetapkan di bawah Akta ini dan, jika orang ini ialah suatu perbadanan, tempat di mana perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftarnya atau pejabat utamanya; (e) suatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil di bawah meterai perkongsian liabiliti terhad asing atau disempurnakan bagi pihaknya mengikut apa-apa cara supaya mengikat perkongsian liabiliti terhad asing itu dan, dalam mana-mana hal, ditentusahkan mengikut cara yang ditetapkan, yang menyatakan nama syarikat amanah Labuan yang diberi kuasa untuk menerima bagi pihaknya penyampaian proses dan apa-apa notis yang dikehendaki untuk disampaikan ke atas perkongsian liabiliti terhad asing itu; dan (f) suatu akuan berkanun dalam bentuk yang ditetapkan yang dibuat oleh seorang pegawai syarikat amanah Labuan, dan Lembaga boleh, apabila fi yang ditetapkan dibayar, dan tertakluk pada Akta ini dan apa-apa syarat yang dikenakannya, mendaftarkan perkongsian liabiliti terhad asing itu di bawah Bahagian ini sebagai suatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf. (3) Apabila perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf didaftarkan, Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang hendaklah ditandatangani oleh Lembaga atau mana-mana pegawai diberi kuasanya dan dimeterai dengan meterai Lembaga. (4) Suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu telah didaftarkan dengan Lembaga. (5) Jika memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil yang difailkan dengan Lembaga di bawah perenggan (2)(e) telah disempurnakan oleh seseorang bagi pihak perkongsian liabiliti terhad asing, suatu salinan surat ikatan atau dokumen yang melaluinya orang itu diberi kuasa untuk menyempurnakan memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil itu, yang ditentusahkan dengan akuan berkanun mengikut cara yang ditetapkan, hendaklah difailkan dengan Lembaga dan salinan itu hendaklah bagi segala maksud dianggap sebagai yang asal.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 707 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next