Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 66
s 66 Annual solvency certificate
(1) A Labuan limited liability partnership shall file with the Authority, once in each calendar year, on or before the anniversary of the date of registration of the Labuan limited liability partnership or within such extended period as the Authority may grant, a certificate from the designated partner stating that he has considered the accounts, and certifying, with or without qualifications—
(a) that those accounts show that the Labuan limited liability partnership was solvent at the date to which they were made up;
(b) that he is unaware of any circumstances which render those accounts untrue; and
(c) that no circumstances have occurred since the date to which those accounts were made up which would render the Labuan limited liability partnership insolvent,
and if such a certificate cannot be given without qualification, the respects in which it is qualified shall be set out.
(2) Any Labuan limited liability partnership which fails to comply with subsection (1)—
(a) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit; and
(b) upon conviction under paragraph (a), shall be wound up by the court pursuant to the provisions of Part X (in so far as they relate to a company limited by shares) of the *Companies Act 1965 [Act 125] and the Companies (Winding-Up) Rules 1972 [P.U. (A) 289/1972], subject to such modifications and adaptations as may be necessary, and in particular, the modifications referred to in subsection 67(2).
(3) A designated partner who files a certificate referred to in subsection (1) without having reasonable grounds for his opinion commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit.
Malay text (authoritative)
Perakuan kesolvenan tahunan
(1) Sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah memfailkan dengan Lembaga, sekali dalam setiap tahun kalendar, pada atau sebelum ulang tahun tarikh pendaftaran perkongsian liabiliti terhad Labuan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Lembaga, suatu perakuan daripada pekongsi ditetapkan yang menyatakan bahawa dia telah mempertimbangkan akaun-akaun, dan memperakui, dengan atau tanpa syarat—
(a) bahawa akaun-akaun itu menunjukkan bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan itu adalah solven pada tarikh setakat akaun-akaun itu dibuat;
(b) bahawa dia tidak sedar tentang apa-apa hal keadaan yang menjadikan akaun-akaun itu tidak benar; dan
(c) bahawa tiada hal keadaan telah berlaku semenjak tarikh setakat akaun-akaun itu dibuat yang boleh menjadikan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tidak solven,
dan jika perakuan sedemikian itu tidak boleh diberikan tanpa syarat, hal yang berkenaan dengannya ia bersyarat hendaklah dinyatakan.
(2) Mana-mana perkongsian liabiliti terhad Labuan yang tidak mematuhi subseksyen (1)—
(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan
(b) apabila disabitkan di bawah perenggan (a), hendaklah digulungkan oleh mahkamah menurut peruntukan Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972 [P.U. (A) 289/1972], tertakluk pada apa-apa ubah suaian dan penyesuaian yang perlu, dan khususnya, ubah suaian yang disebut dalam subseksyen 67(2).
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
(3) Seseorang pekongsi ditetapkan yang memfailkan perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tanpa mempunyai alasan yang munasabah bagi pendapatnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →
Find Act 707 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).