Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 67
s 67 Receivership and winding-up
(1) Subject to sections 53 and 54—
(a) in the case of receivership of a Labuan limited liability partnership, the provisions of Part VIII (in so far as they relate to a company limited by shares) of the *Companies Act 1965 shall apply; and
(b) in the case of winding-up of a Labuan limited liability partnership, the provisions of Part X (in so far as they relate to a company limited by shares) of the *Companies Act 1965 and the Companies (Winding-Up) Rules 1972, or section 68 shall apply.
(2) The application of Part VIII and Part X (in so far as they relate to a company limited by shares) of the *Companies Act 1965, and the Companies (Winding-Up) Rules 1972 under subsection (1) shall be subject to such modifications and adaptations as may be necessary, and in particular the following modifications:
(a) references to a “company” shall be taken as references to a Labuan limited liability partnership;
(b) references to a “director” or to a “member” of a company shall be taken as references to a partner of a Labuan limited liability partnership;
(c) references to the “memorandum” and “articles of a company” shall be taken as references to the partnership agreement of a Labuan limited liability partnership;
(d) references to a “resolution” of a company shall be taken as references to a determination or decision of a Labuan limited liability partnership; and
(e) references to “shares” of a member of a company shall be taken as references to the partnership interest of a partner in the Labuan limited liability partnership.
*NOTE—The Companies Act 1965 [Act 125] has since been repealed by the Companies Act 2016 [Act 777] which comes into operation on 31 January 2017—see subsection 620(1) of Act 777.
Malay text (authoritative)
Penerimaan dan penggulungan
(1) Tertakluk pada seksyen 53 dan 54—
(a) dalam hal penerimaan sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan, peruntukan Bahagian VIII (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai; dan
(b) dalam hal penggulungan sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan, peruntukan Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965 dan Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972, atau seksyen 68 hendaklah terpakai.
(2) Pemakaian Bahagian VIII dan Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965, dan Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972 di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada ubah suaian dan penyesuaian yang perlu, dan khususnya ubah suaian yang berikut:
(a) sebutan mengenai “syarikat” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai perkongsian liabiliti terhad Labuan;
(b) sebutan mengenai “pengarah” atau “anggota” sesuatu syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan;
(c) sebutan mengenai “memorandum” dan “perkara-perkara syarikat” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai perjanjian perkongsian sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan; *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
(d) sebutan mengenai “ketetapan” syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai penentuan atau keputusan perkongsian liabiliti terhad Labuan; dan
(e) sebutan mengenai “syer” seseorang anggota syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai kepentingan perkongsian seseorang pekongsi dalam perkongsian liabiliti terhad Labuan.
Read this section in the full act → · Open Chapter 6 →
Find Act 707 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).