Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 76
Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 76
s 76 Documents to be filed through Labuan trust company
(1) Every document required or permitted to be filed with the Authority under this Act shall be filed through a Labuan trust company.
(2) Every application to the Authority for any certificate or for any extract or copy of any certificate to be issued under this Act or of any document filed with the Authority shall be made through a Labuan trust company.
(3) Subsection (2) shall not apply where an application is made by any of the partners of a Labuan limited partnership or a Labuan limited liability partnership in respect of that Labuan limited partnership or Labuan limited liability partnership, as the case may be, and the document, certificate, extract or copy is for his own personal use.
(4) Where any document is required to be filed or registered with the Authority through a Labuan trust company, the Labuan trust company shall, without prejudice to its duty as may be contained in the Labuan Financial Services and Securities Act 2010 [Act 704], ensure the validity, veracity and authenticity of that document.
Malay text (authoritative)
Dokumen hendaklah difailkan melalui syarikat amanah Labuan
(1) Tiap-tiap dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan supaya difailkan dengan Lembaga di bawah Akta ini hendaklah difailkan melalui suatu syarikat amanah Labuan.
(2) Tiap-tiap permohonan kepada Lembaga bagi apa-apa perakuan atau apa-apa cabutan atau salinan apa-apa perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau apa-apa dokumen yang difailkan dengan Lembaga hendaklah dibuat melalui syarikat amanah Labuan.
(3) Subseksyen (2) tidak terpakai jika sesuatu permohonan dibuat oleh mana-mana pekongsi sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan berkenaan dengan perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan dokumen, perakuan, cabutan atau salinan itu adalah bagi kegunaan peribadinya.
(4) Jika apa-apa dokumen dikehendaki supaya difailkan atau didaftarkan dengan Lembaga melalui syarikat amanah Labuan, syarikat amanah Labuan itu hendaklah, tanpa menjejaskan kewajipannya yang terkandung dalam Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704], memastikan kesahan, kebenaran dan keaslian dokumen itu.
Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).