My bookmarksSign up free
← Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 84

Labuan Limited Partnerships and Limited Liability Partnerships Act 2010 s 84

s 84 Right to information

(1) Notwithstanding any provision of this Act, the Authority may— (a) for the purpose of satisfying itself that the provisions of this Act are being complied with and that the Labuan limited partnership or Labuan limited liability partnership, as the case may be, is in a sound financial position— (i) have access to and inspect the books, records, vouchers, documents, cash and securities of a Labuan limited partnership or Labuan limited liability partnership; and (ii) require any partner, officer or employee of a Labuan limited partnership or Labuan limited liability partnership to submit any information, statistics, return or document; and (b) require, at any time, a Labuan limited partnership or Labuan limited liability partnership or any of its partners to produce to the Authority any information, statistics, return or document relating to the partnership at the time and place as may be specified by the Authority. (2) Where any person is required under subparagraph (1)(a)(ii) or paragraph (1)(b) to provide the Authority any information, statistics, return or document, the person shall submit the information, statistics, return or document to the Authority in such form and manner and within such period as may be specified by the Authority in the request. (3) Any person who fails to comply with subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (4) Where any person is required to provide the Authority any information, statistics, return or document under subparagraph (1)(a)(ii) or paragraph (1)(b), such person shall not submit as true and accurate any information, statistics, return or document which he knows, or has reason to believe, to be false, inaccurate or misleading. (5) Any person who fails to comply with subsection (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (6) Any partner, officer or employee of a Labuan limited partnership or Labuan limited liability partnership, as the case may be, who obstructs or hinders the Authority or any authorized person while exercising any of the powers referred to in subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit. (7) The disclosure by a person of any information to the Authority as required by the Authority under subsection (1) shall not be an offence under this Act.

Malay text (authoritative)

Hak untuk mendapatkan maklumat

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, Lembaga boleh— (a) bagi maksud memuaskan hatinya bahawa peruntukan Akta ini dipatuhi dan bahawa perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh— (i) mempunyai akses kepada dan memeriksa buku, rekod, baucer, dokumen, wang tunai dan sekuriti bagi sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan; dan (ii) menghendaki mana-mana pekongsi, pegawai atau pekerja sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan untuk mengemukakan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen; dan (b) menghendaki, pada bila-bila masa, sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan atau mana-mana pekongsinya untuk mengemukakan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen yang berhubungan dengan perkongsian itu kepada Lembaga pada masa dan tempat yang dinyatakan oleh Lembaga. (2) J i k a m a n a - m a n a o r a n g d i k e h e n d a k i d i b a w a h subperenggan (1)(a)(ii) atau perenggan (1)(b) untuk memberikan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen kepada Lembaga, orang itu hendaklah mengemukakan maklumat, statistik, penyata atau dokumen itu kepada Lembaga dalam bentuk dan cara dan dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga dalam permintaan itu. (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (4) Jika mana-mana orang dikehendaki untuk memberikan kepada Lembaga apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen di bawah subperenggan (1)(a)(ii) atau perenggan (1)(b), orang itu tidak boleh mengemukakan apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen sebagai benar dan tepat yang baginya dia mengetahui, atau mempunyai alasan untuk mempercayai, adalah palsu, tidak tepat atau mengelirukan. (5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (6) Mana-mana pekongsi, pegawai atau pekerja sesuatu perkongsian terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menghalang atau menggalang Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa semasa menjalankan mana-mana kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (7) Penzahiran oleh seseorang tentang apa-apa maklumat kepada Lembaga sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) tidak menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 707 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 July 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next