My bookmarksSign up free
← Personal Data Protection Act 2010

Personal Data Protection Act 2010 s 140

Personal Data Protection Act 2010 s 140

s 140 Protection of informers

(1) Except as provided in subsections (2) and (3), no witness in any civil or criminal proceedings pursuant to this Act shall be obliged or permitted to disclose the name or address of any informer or the substance and nature of the information received from him or state any matter which might lead to his discovery. (2) If any computer, book, account, computerized data or other document, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, equipment, instrument or article which is in evidence or is liable to inspection in any civil or criminal proceedings whatsoever contains any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court shall cause all such entries to be concealed from view or to be obliterated in so far as may be necessary to protect the informer from discovery. (3) If in a trial for any offence under this Act the court, after full inquiry into the case, is of the opinion that the informer wilfully made in his complaint a material statement which he knew or believed to be false or did not believe to be true, or if in any other proceedings the court is of the opinion that justice cannot be fully done between the parties in the proceeding without the discovery of the informer, the court may require the production of the original complaint, if in writing, and permit an inquiry and require full disclosure concerning the informer.

Malay text (authoritative)

Perlindungan pemberi maklumat

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah menurut Akta ini boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui. (2) Jika mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau barang yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang menamakan atau memperihalkan mana-mana pemberi maklumat dalamnya atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua entri sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui. (3) Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 709 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next