My bookmarksSign up free
← Weights and Measures Act 1972

Weights and Measures Act 1972 s 14B

Weights and Measures Act 1972 s 14B

s 14B Weighing or measuring by means of a public weighing or measuring instrument

(1) No person shall attend to any weighing or measuring by means of any public weighing or measuring instrument unless he holds a certificate from any Deputy Chief Inspector certifying that he has sufficient knowledge for the proper performance of his duties. (2) Any person refused such a certificate by the Deputy Chief Inspector may appeal against such refusal to the Chief Inspector who may, if he thinks fit, direct the Deputy Chief Inspector to grant the certificate. (3) Any person who contravenes, or who causes or permits any other person to contravene, subsection (1) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both, and such weighing or measuring instrument shall be liable to be forfeited. (4) If a person certified to attend to weighing or measuring by means of any public weighing or measuring instrument— (a) without reasonable cause fails to carry out the weighing or measuring on demand; (b) without reasonable explanation carries out the weighing or measuring inaccurately; (c) fails to deliver to the person demanding the weighing or measuring or to his agent a statement in writing of the weight or other measurement; or (d) fails to maintain a record of the weighing or measuring including the time and date of the weighing or measuring and, in the case of the weighing of a vehicle, such particulars of the vehicle and of any load on the vehicle as will identify that vehicle and that load, he shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both, and such weighing or measuring instrument shall be liable to be forfeited. (5) If, in connection with any public weighing or measuring instrument— (a) any person certified to attend to weighing or measuring by means of such an instrument delivers a false statement of any weight or other measurement found, or makes a false record of any weighing or measuring; or (b) any person commits any fraud in connection with any, or any purported, weighing or measuring by means of such instrument, he shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both, and such weighing or measuring instrument shall be liable to be forfeited. (6) If, in the case of a weighing or measuring of any animal, vehicle, article, thing, liquid or substance carried out by means of any public weighing or measuring instrument, the person bringing the animal, vehicle, article, thing, liquid or substance for weighing or measuring, on being required by the person attending to the weighing or measuring to give his name, address and identity card number, fails to do so or gives a name, address or identity card number which is incorrect, he shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months or to both. (7) The person making any public weighing or measuring instrument available for use (in this section referred to as “the responsible person”) shall retain for a period of not less than six months any record of any weighing or measuring by means of that instrument made by any person certified to attend to the weighing or measuring. (8) An Inspector may require the responsible person to produce any such record as is mentioned in subsection (7) for inspection at any time during the six months as aforesaid. (9) If the responsible person fails to retain any such records as is mentioned in subsection (7) in accordance with that subsection or fails to produce it in accordance with subsection (8) he shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both. (10) If any person wilfully destroys or defaces any such record as is mentioned in subsection (7) before the expiration of six months from the date when it was made, he shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat timbang dan sukat awam

(1) Tiada mana-mana orang boleh mengelolakan apa-apa penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat timbang atau sukat awam melainkan dia memegang suatu perakuan daripada mana-mana Timbalan Ketua Inspektor yang memperakui bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi bagi pelaksanaan tugasnya dengan sempurna. (2) Mana-mana orang yang tidak diberikan perakuan sedemikian oleh Timbalan Ketua Inspektor boleh merayu terhadap penolakan itu kepada Ketua Inspektor yang boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan Timbalan Ketua Inspektor supaya memberikan perakuan itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar, atau yang menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan alat timbang atau sukat itu boleh dilucut hak. (4) Jika seseorang yang diperakui untuk mengelolakan penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat timbang atau sukat awam— (a) tanpa sebab yang munasabah gagal menjalankan penimbangan atau penyukatan apabila diminta; (b) tanpa penjelasan yang munasabah menjalankan penimbangan atau penyukatan itu secara tidak tepat; (c) gagal menyerahkan kepada orang yang meminta pertimbangan atau penyukatan dilakukan atau kepada ejennya, suatu pernyataan bertulis bagi berat atau sukatan lain; atau (d) gagal menyenggarakan rekod penimbangan atau penyukatan itu termasuk waktu dan tarikh penimbangan atau penyukatan dan, dalam hal penimbangan kenderaan, apa-apa butiran mengenai kenderaan itu dan butiran apa-apa muatan di atas kenderaan itu yang akan mengecamkan kenderaan dan muatan tersebut, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan alat timbang atau sukat itu boleh dilucut hak. (5) Jika, berkaitan dengan apa-apa alat timbang atau sukat awam— (a) mana-mana orang yang diperakui untuk mengelolakan penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat sedemikian, menyerahkan suatu pernyataan palsu akan apa-apa berat atau pernyataan palsu akan apa-apa berat atau sukatan lain yang didapati, atau membuat suatu rekod palsu akan apa-apa penimbangan atau penyukatan; atau (b) mana-mana orang melakukan apa-apa fraud berkaitan dengan apa-apa penimbangan atau penyukatan, atau apa-apa yang berupa penimbangan atau penyukatan, dengan menggunakan alat sedemikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan alat timbang atau sukat itu boleh dilucut hak. (6) Jika, dalam hal penimbangan atau penyukatan apa-apa binatang, kenderaan, barang, benda, cecair atau bahan yang dijalankan dengan menggunakan apa-apa alat timbang atau sukat awam, orang yang membawa binatang, kenderaan, barang, benda, cecair atau bahan itu untuk ditimbang atau disukat, apabila dikehendaki oleh orang yang mengelolakan penimbangan atau penyukatan itu supaya memberikan nama, alamat dan nombor kad pengenalannya, gagal berbuat demikian atau memberikan nama, alamat atau nombor kad pengenalan yang tidak betul, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. (7) Orang yang menyediakan alat timbang atau sukat awam untuk digunakan (dalam seksyen ini disebut “orang bertanggungjawab”) hendaklah menyimpan bagi tempoh yang tidak kurang daripada enam bulan apa-apa rekod apa-apa penimbangan atau penyukatan dengan menggunakan alat itu yang dibuat oleh mana-mana orang yang diperakui untuk mengelolakan penimbangan atau penyukatan itu. (8) S e s e o r a n g I n s p e k t o r b o l e h m e n g h e n d a k i o r a n g bertanggungjawab itu supaya mengemukakan apa-apa rekod yang disebut dalam subseksyen (7) untuk diperiksa pada bila-bila masa sepanjang enam bulan yang disebut terdahulu. (9) Jika orang bertanggungjawab itu gagal menyimpan apa-apa rekod seperti yang disebut dalam subseksyen (7) mengikut subseksyen tersebut atau gagal mengemukakannya mengikut subseksyen (8) dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (10) Jika mana-mana orang yang dengan sengaja memusnahkan atau mencacatkan apa-apa rekod seperti yang disebut dalam subseksyen (7) sebelum habis tempoh enam bulan dari tarikh ia dibuat, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 71 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2009 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next