My bookmarksSign up free
← Weights and Measures Act 1972

Weights and Measures Act 1972 s 2

Weights and Measures Act 1972 s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act unless the context otherwise requires— “Chief Inspector”, “Deputy Chief Inspector” and “Inspector” means respectively the Chief Inspector of Weights and Measures, the Deputy Chief Inspector of Weights and Measures and the Inspector of Weights and Measures appointed under section 26; “Custodian” means the Custodian of Weights and Measures referred to in section 25; “instrument for weighing or measuring” means any instrument or machine for measuring in terms of length, area, volume, capacity, time, weight, number or any other quantity, and in the case of an instrument for weighing, includes the weights used in connection therewith; “International System of Units” has the same meaning as is assigned to that expression in the National Measurement System Act 2007 [Act 675]; “licensed company” means the company to which a licence is granted by the Minister under subsection 26a(1); “Minister” means the Minister responsible for domestic trade and consumer affairs; “National Measurement Standards” has the same meaning as is assigned to that expression in the National Measurement System Act 2007; “National Measurement Standards Laboratory” has the same meaning as is assigned to that expression in the National Measurement System Act 2007; “premises” includes any shop or stall, and any vehicle, vessel, building, structure or place, whether opened or closed, used for trade; “public weighing or measuring instrument” means any instrument for weighing or measuring which is made available for use by the public, and for the use of which a charge is made; “stamp of verification” means a mark for use as evidence of the approval of any weight or measure or instrument for weighing or measuring as fit for use, whether applied by impression, casting, engraving, etching, branding, affixing or otherwise; “Working Standards” means the Working Standards of mass and measure referred to in section 9. (2) For the purpose of expressing the weight of any thing at any place in Malaysia the weight of such thing shall be deemed to be in the same term as its mass at that place. (3) The stamping of any weight or measure or instrument for weighing or measuring referred to in this Act means the application by an Inspector of Weights and Measures of a stamp of verification on such weight or measure or instrument for weighing and measuring pursuant to section 14. Such application of a stamp of verification may be made by such means or in such manner as the Minister may by regulations prescribe and in this Act unless the context otherwise requires the expression “stamp” with its grammatical variations shall be construed accordingly.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “alat timbang atau sukat” ertinya apa-apa alat atau mesin untuk menyukat mengikut panjang, luas, isi padu, muatan, masa, berat, bilangan atau apa-apa kuantiti lain, dan dalam hal alat timbang, termasuklah timbangan yang digunakan yang berkaitan dengannya; “alat timbang dan sukat awam” ertinya apa-apa alat timbang atau sukat yang diadakan untuk kegunaan awam, dan yang bagi penggunaannya suatu bayaran dikenakan; “cap penentusahan” ertinya suatu tanda untuk digunakan sebagai keterangan tentang kelulusan apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat sebagai layak untuk digunakan, sama ada dikenakan melalui teraan, tuangan, ukiran, gurisan, selaran, pengecapan atau selainnya; “Ketua Inspektor”, “Timbalan Ketua Inspektor” dan “Inspektor” masing-masingnya bererti Ketua Inspektor Timbang dan Sukat, Timbalan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat dan Inspektor Timbang dan Sukat yang dilantik di bawah seksyen 26; “Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 [Akta 675]; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna; “Penyimpan” ertinya Penyimpan Timbang dan Sukat yang disebut dalam seksyen 25; “premis” termasuklah apa-apa kedai atau gerai, dan apa-apa kenderaan, vesel, bangunan, binaan atau tempat, sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan untuk perdagangan; “Sistem Unit Antarabangsa” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007; “Standard Kerja” ertinya Standard Kerja bagi jisim dan sukat yang disebut dalam seksyen 9; “Standard Pengukuran Kebangsaan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007; “syarikat berlesen” ertinya syarikat yang kepadanya lesen diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 26a(1). (2) Bagi maksud menyatakan berat apa-apa barang di mana-mana tempat di Malaysia, berat barang itu hendaklah disifatkan sebagai bersamaan dengan berat jisimnya di tempat itu. (3) Menanda dengan cap apa-apa timbang atau sukat atau alat timbang atau sukat yang tersebut dalam Akta ini ertinya mengenakan dengan cap penentusahan timbang atau sukat itu atau alat timbang dan sukat oleh seseorang Inspektor Timbang dan Sukat menurut seksyen 14. Pengenaan cap penentusahan itu boleh dibuat dengan menggunakan jalan atau cara sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan oleh Menteri dan dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ungkapan “cap” dengan perubahan tasrifnya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 71 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2009 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next