(1) The Chief Inspector may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, offer to company any offence under any provision of this Act or under regulations made under this Act by accepting from the person reasonably suspected of having committed the offence such amount of money not exceeding the maximum fine to which the person would have been liable if he had been convicted of the offence, within such time as may be specified in the offer.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed and where the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or such extended time as the Chief Inspector may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(3) Upon receipt of the amount under subsection (1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made.
Malay text (authoritative)
Pengkompaunan kesalahan
(1) Ketua Inspektor boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, menawarkan untuk mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu amaun wang yang tidak melebihi denda maksimum, yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam tawaran itu.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Inspektor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
(3) Apabila amaun di bawah subseksyen (1) diterima, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
Text as at 1 January 2009 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).