My bookmarksSign up free
← Whistleblower Protection Act 2010

Whistleblower Protection Act 2010 s 5

Whistleblower Protection Act 2010 s 5

s 5 Co-operation with other agencies

(1) In exercising its investigation powers, any enforcement agency may work in co-operation with any other enforcement agencies and any Federal or State Government departments or other persons as the enforcement agency deems appropriate. (2) The enforcement agency may consult with and disseminate intelligence and information to any other enforcement agencies and such other persons as the enforcement agency deems appropriate. (3) If the enforcement agency disseminates intelligence or information to any other enforcement agency or person under subsection (2), that enforcement agency or person is subject to section 8. (4) Upon any request by the enforcement agency for co-operation for the purpose of implementing this Act, any person to whom such request is made shall render all such necessary assistance as required by the enforcement agency.

Malay text (authoritative)

Kerjasama dengan agensi lain

(1) Dalam menjalankan kuasa penyiasatannya, mana-mana agensi penguatkuasaan boleh bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasaan lain dan mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau orang lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh agensi penguatkuasaan itu. (2) Agensi penguatkuasaan boleh berunding dengan dan menyebarkan risikan dan maklumat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan lain dan mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh agensi penguatkuasaan itu. (3) Jika agensi penguatkuasaan menyebarkan risikan atau maklumat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan atau orang lain di bawah subseksyen (2), agensi penguatkuasaan atau orang itu adalah tertakluk pada seksyen 8. (4) Apabila apa-apa permintaan dibuat oleh agensi penguatkuasaan untuk kerjasama bagi maksud melaksanakan Akta ini, mana-mana orang yang kepadanya permintaan itu dibuat hendaklah memberikan segala bantuan yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh agensi penguatkuasaan itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 711 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next