Competition Act 2010 s 18
s 18 Power to require provision of information
(1) The Commission may, by notice in writing, require any person whom the Commission believes to be acquainted with the facts and circumstances of the case—
(a) to provide or produce to the Commission, within the period and in the manner specified in the notice, any information
or document which is relevant to the performance of the Commission’s powers and functions; or
(b) to make a statement to the Commission providing an explanation on any information or document referred to in paragraph (a) within the period and in the manner specified in the notice.
(2) Where the Commission directs any person to produce any document under subsection (1) and the person is not in custody of the document, the person shall—
(a) state, to the best of his knowledge and belief, where the document may be found; and
(b) identify, to the best of his knowledge and belief, the last person who had custody of the document and to state, to the best of his knowledge and belief, where the last-mentioned person may be found.
(3) Any person required or directed to provide information under subsection (1) or (2) shall ensure that the information provided is true, accurate and complete and such person shall provide an express representation to that effect, including a declaration that he is not aware of any other information which would make the information provided untrue or misleading.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk menghendaki pemberian maklumat
(1) Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang dipercayai oleh Suruhanjaya mengetahui fakta dan hal keadaan sesuatu kes itu—
(a) supaya memberikan atau mengemukakan kepada Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya; atau
(b) supaya membuat suatu pernyataan kepada Suruhanjaya dengan memberikan suatu penjelasan tentang apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam perenggan (a) dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu.
(2) Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) dan orang itu tidak mempunyai jagaan dokumen itu, orang itu hendaklah—
(a) menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, tempat di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan
(b) mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, tempat di mana orang yang terakhir disebut itu boleh dijumpai.
(3) Mana-mana orang yang dikehendaki atau diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan suatu representasi nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia
tidak tahu tentang apa-apa maklumat lain yang mungkin menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 712 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).