s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“agreement” means any form of contract, arrangement or understanding, whether or not legally enforceable, between enterprises, and includes a decision by an association and concerted practices;
“Chairman” means the Chairman of the Commission appointed under the Competition Commission Act 2010 [Act 713];
“Commission” means the Competition Commission established under the Competition Commission Act 2010;
“Commission officer” has the same meaning assigned to it in the Competition Commission Act 2010;
“concerted practice” means any form of coordination between enterprises which knowingly substitutes practical co-operation between them for the risks of competition and includes any practice which involves direct or indirect contact or communication between enterprises, the object or effect of which is either—
(a) to influence the conduct of one or more enterprises in a market; or
(b) to disclose the course of conduct which an enterprise has decided to adopt or is contemplating to adopt in a market, in circumstances where such disclosure would not have been made under normal conditions of competition;
“consumer” means any direct or indirect user of goods or services supplied by an enterprise in the course of business, and includes another enterprise that uses the goods or services thus supplied as an input to its own business as well as a wholesaler, a retailer and a final consumer;
“direction” means a direction given by the Commission under Part III or Part IV of this Act;
“document” has the same meaning assigned to it in the Evidence Act 1950 [Act 56];
“dominant position” means a situation in which one or more enterprises possess such significant power in a market to adjust prices or outputs or trading terms, without effective constraint from competitors or potential competitors;
“enterprise” means any entity carrying on commercial activities relating to goods or services, and for the purposes of this Act, a parent and subsidiary company shall be regarded as a single enterprise if, despite their separate legal entity, both form a single economic unit within which the subsidiaries do not enjoy real autonomy in determining their actions on the market;
“goods” means property of every kind, whether tangible or intangible and includes—
(a) all kinds of movable property;
(b) buildings and other structures;
(c) vessels and vehicles;
(d) utilities;
(e) minerals, trees and crops, whether on, under or attached to land or not;
(f) animals, including fish; and
(g) choses-in-action;
“horizontal agreement” means an agreement between enterprises each of which operates at the same level in the production or distribution chain;
“infringement” means an infringement of any prohibition under this Act;
“market” means a market in Malaysia or in any part of Malaysia, and when used in relation to any goods or services, includes a market for those goods or services and other goods or services that are
substitutable for, or otherwise competitive with, the first-mentioned goods or services;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for domestic trade and consumer affairs;
“price” includes any form of consideration given in return for any goods or services of any kind, whether such consideration has actually been given or is advertised or stated as being required to be given in exchange for such goods or services;
“prohibition” means any prohibition under this Act;
“publish”, where no mode is specified, means to publish in any form or manner as may be determined by the Commission;
“supply” includes—
(a) in relation to goods, the supply and resupply, by way of sale, exchange, lease, hire or hire-purchase of the goods; and
(b) in relation to services, the provision by way of sale, grant or conferment of the services;
“this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act;
“vertical agreement” means an agreement between enterprises each of which operates at a different level in the production or distribution chain.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“amalan bersepadu” ertinya apa-apa bentuk koordinasi antara perusahaan yang dengan diketahuinya menggantikan kerjasama amali antara mereka untuk risiko persaingan dan termasuklah apa-apa amalan yang melibatkan hubungan atau komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara perusahaan, yang matlamat atau kesannya adalah sama ada—
(a) untuk mempengaruhi perlakuan satu perusahaan atau lebih dalam suatu pasaran; atau
(b) untuk mendedahkan perjalanan perlakuan yang diputuskan untuk diambil oleh suatu perusahaan atau yang hendak diambil olehnya dalam suatu pasaran, dalam hal keadaan yang pendedahan itu tidak akan dibuat dalam keadaan biasa persaingan;
“arahan” ertinya suatu arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah Bahagian III atau Bahagian IV Akta ini;
“barangan” ertinya tiap-tiap jenis harta, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—
(a) segala jenis harta alih;
(b) bangunan dan struktur lain;
(c) vesel dan kenderaan;
(d) utiliti;
(e) mineral, pokok dan tanaman, sama ada pada, di bawah atau terlekat pada tanah atau tidak;
(f) haiwan, termasuk ikan; dan
(g) hak dalam tindakan;
“dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“harga” termasuklah apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai balasan bagi apa-apa jenis barangan atau perkhidmatan, sama ada balasan itu telah sebenarnya diberikan atau diiklankan atau dinyatakan sebagai dikehendaki supaya diberikan sebagai tukaran bagi barangan atau perkhidmatan itu;
“kedudukan dominan” ertinya suatu keadaan yang dalamnya satu perusahaan atau lebih mempunyai kuasa yang signifikan dalam suatu pasaran untuk melaraskan harga atau output atau terma perdagangan, tanpa kekangan yang berkesan daripada pesaing atau pesaing berpotensi;
“larangan” ertinya apa-apa larangan di bawah Akta ini;
“membekalkan” termasuklah—
(a) berhubung dengan barangan, pembekalan dan pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barangan; dan
(b) berhubung dengan perkhidmatan, pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
“menyiarkan”, apabila tiada cara dinyatakan, ertinya menyiarkan dalam apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
“pasaran” ertinya suatu pasaran di Malaysia atau di mana-mana bahagian Malaysia, dan apabila digunakan berhubung dengan apa-apa
barangan atau perkhidmatan, termasuklah suatu pasaran bagi barangan atau perkhidmatan itu dan barangan atau perkhidmatan yang boleh digantikan, atau selainnya bersaing dengan, barangan atau perkhidmatan yang mula-mula disebut itu;
“pegawai Suruhanjaya” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 [Akta 713];
“pelanggaran” ertinya suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah Akta ini;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010;
“pengguna” ertinya mana-mana pengguna langsung atau tidak langsung barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh suatu perusahaan dalam perjalanan perniagaan, dan termasuklah suatu perusahaan lain yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan sedemikian sebagai input bagi perniagaannya sendiri serta seorang pemborong, peruncit dan pengguna akhir;
“perjanjian” ertinya apa-apa bentuk kontrak, perkiraan atau persefahaman, sama ada boleh atau tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, antara perusahaan, dan termasuklah suatu keputusan oleh suatu persatuan dan amalan bersepadu;
“perjanjian mendatar” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang sama dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran;
“perjanjian menegak” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang berlainan dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran;
“perusahaan” ertinya apa-apa entiti yang menjalankan aktiviti komersial yang berhubungan dengan barangan atau perkhidmatan, dan bagi maksud Akta ini, suatu syarikat induk dan subsidiari hendaklah disifatkan sebagai perusahaan tunggal jika, walaupun mempunyai entiti berasingan di sisi undang-undang, kedua-duanya membentuk suatu unit ekonomi tunggal yang dalamnya subsidiari itu tidak
mempunyai autonomi sebenar dalam menentukan tindakan mereka dalam pasaran;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Persaingan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010.
Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).