My bookmarksSign up free
← Competition Act 2010

Competition Act 2010 s 33

Competition Act 2010 s 33

s 33 Tipping off

(1) Any person who— (a) knows or has reasonable grounds to suspect that a Commission officer is acting, or is proposing to act, in connection with an investigation which is being, or is about to be, conducted under or for the purposes of this Act and discloses to any other person information or any other matter which is likely to prejudice that investigation or proposed investigation; or (b) knows or has reasonable grounds to suspect that a disclosure has been made to a Commission officer under this Act and discloses to any other person information or any other matter which is likely to prejudice any investigation which might be conducted following the disclosure, commits an offence. (2) Nothing in subsection (1) makes it an offence for an advocate and solicitor or his employee to disclose any information or other matter— (a) to his client or the client's representative in connection with the giving of advice to the client in the course and for the purpose of the professional employment of the advocate and solicitor; or (b) to any person in contemplation of, or in connection with and for the purpose of, any legal proceedings. (3) Subsection (2) does not apply in relation to any information or other matter which is disclosed with a view to furthering any illegal purpose. (4) In proceedings against a person for an offence under this section, it is a defence to prove that— (a) he did not know or suspect that the disclosure made under paragraph (1)(b) was likely to prejudice the investigation; or (b) he had lawful authority or reasonable excuse for making the disclosure.

Malay text (authoritative)

Pemberian maklumat

(1) Mana-mana orang yang— (a) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai Suruhanjaya sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau (b) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai Suruhanjaya di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan. (2) Tiada apa pun dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain— (a) kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau (b) kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang. (3) Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang. (4) Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa— (a) dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau (b) dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 712 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next