Competition Act 2010 s 38
s 38 Conduct of hearings
(1) Notwithstanding section 37, the Commission may at any time conduct a hearing for the purpose of determining whether an enterprise has infringed or is infringing any prohibition under Part II.
(2) If the Commission determines that a hearing is to be held, it shall give at least fourteen days notice in writing to the enterprise concerned and to other interested third parties—
(a) recording its decision to convene the hearing;
(b) specifying the date, time and place for the holding of the hearing; and
(c) stipulating the matters to be considered at the hearing.
(3) When the Commission decides to hold a hearing, it shall also decide—
(a) whether to hold individual hearings with each of the enterprises and any other interested third parties separately or to hold a single hearing attended by all the enterprises involved and the interested third parties; and
(b) whether to hold a hearing—
(i) in public; or
(ii) in a closed session, for the purpose of protecting confidential information.
(4) The hearing shall be governed by and conducted in accordance with the procedural rules for the time being in effect, as published by the Commission.
(5) The Commission shall keep a record of the hearing as is sufficient to set out the matters raised by any person participating in the hearing.
(6) An enterprise may be represented at a hearing by—
(a) any of its authorized officers or employees;
(b) any advocate and solicitor;
(c) any person falling within the description specified for that purpose in the Commission’s procedural rules; or
(d) any other person, with the consent of the Chairman.
Malay text (authoritative)
Penjalanan pendengaran
(1) Walau apa pun seksyen 37, Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa menjalankan suatu pendengaran bagi maksud menentukan sama ada suatu perusahaan telah melanggar atau sedang melanggar mana-mana larangan di bawah Bahagian II.
(2) Jika Suruhanjaya memutuskan bahawa suatu pendengaran hendaklah diadakan, Suruhanjaya hendaklah memberikan suatu notis sekurang-kurangnya empat belas hari kepada perusahaan yang berkenaan dan kepada pihak ketiga lain yang berkepentingan—
(a) yang merekodkan keputusannya untuk memanggil pendengaran itu;
(b) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat bagi mengadakan pendengaran itu; dan
(c) yang menentukan perkara yang akan dipertimbangkan pada pendengaran itu.
(3) Apabila Suruhanjaya memutuskan untuk mengadakan suatu pendengaran, ia hendaklah juga memutuskan—
(a) sama ada untuk mengadakan pendengaran individu dengan setiap perusahaan dan mana-mana pihak ketiga lain yang berkepentingan secara berasingan atau mengadakan suatu pendengaran tunggal yang dihadiri oleh semua perusahaan yang terlibat dan pihak ketiga yang berkepentingan; dan
(b) sama ada untuk mengadakan pendengaran—
(i) awam; atau
(ii) secara sesi tertutup, bagi maksud melindungi maklumat rahsia.
(4) Pendengaran itu hendaklah ditadbirkan oleh dan dijalankan mengikut kaedah-kaedah tatacara yang berkuat kuasa pada masa itu, sebagaimana yang disiarkan oleh Suruhanjaya.
(5) Suruhanjaya hendaklah menyimpan rekod pendengaran itu sebagaimana yang mencukupi untuk menyatakan perkara yang dibangkitkan oleh mana-mana orang yang menyertai pendengaran itu.
(6) Suatu perusahaan boleh diwakili pada pendengaran itu oleh—
(a) mana-mana pegawai atau pekerjanya yang diberi kuasa;
(b) mana-mana peguam bela dan peguam cara;
(c) mana-mana orang yang termasuk dalam perihalan yang dinyatakan bagi maksud itu dalam kaedah-kaedah tatacara Suruhanjaya; atau
(d) mana-mana orang lain, dengan keizinan Pengerusi.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 712 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).