Competition Act 2010 s 40
s 40 Finding of an infringement
(1) If the Commission determines that there is an infringement of a prohibition under Part II, it—
(a) shall require that the infringement to be ceased immediately;
(b) may specify steps which are required to be taken by the infringing enterprise, which appear to the Commission to be appropriate for bringing the infringement to an end;
(c) may impose a financial penalty; or
(d) may give any other direction as it deems appropriate.
(2) The Commission shall, within fourteen days of its making a decision under this Part, notify any person affected by the decision.
(3) The Commission shall prepare and publish reasons for each decision it makes under this section.
(4) A financial penalty shall not exceed ten percent of the worldwide turnover of an enterprise over the period during which an infringement occurred.
Malay text (authoritative)
Dapatan pelanggaran
(1) Jika Suruhanjaya memutuskan bahawa terdapat suatu pelanggaran suatu larangan di bawah Bahagian II, ia—
(a) hendaklah menghendaki supaya pelanggaran itu dihentikan serta-merta;
(b) boleh menyatakan langkah yang dikehendaki untuk diambil oleh perusahaan yang melanggar, yang pada hemat Suruhanjaya adalah sesuai bagi menghentikan pelanggaran itu;
(c) boleh mengenakan penalti kewangan; atau
(d) boleh memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkannya sesuai.
(2) Suruhanjaya hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari membuat keputusannya di bawah Bahagian ini, memberitahu mana-mana orang yang tersentuh oleh keputusan itu.
(3) Suruhanjaya hendaklah menyediakan dan menyiarkan sebab bagi setiap keputusan yang dibuatnya di bawah seksyen ini.
(4) Suatu penalti kewangan tidak boleh melebihi sepuluh peratus daripada pusing ganti seluruh dunia suatu perusahaan sepanjang tempoh suatu pelanggaran berlaku.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 712 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).