Competition Act 2010 s 6
s 6 Individual exemption
(1) An enterprise may apply to the Commission for an exemption with respect to a particular agreement from the prohibition under section 4.
(2) The Commission may, by order published in the Gazette, grant the exemption if, in the opinion of the Commission, the agreement is one to which section 5 applies.
(3) An exemption granted under this section is referred to as an βindividual exemptionβ.
(4) The individual exemption granted by the Commission may beβ
(a) subject to any condition or obligation as the Commission considers it appropriate to impose; and
(b) for a limited duration as specified in the order.
(5) An individual exemption may provide for it to have effect from a date earlier than that on which the order is made.
Malay text (authoritative)
Pengecualian individu
(1) Suatu perusahaan boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk suatu pengecualian berkenaan dengan suatu perjanjian tertentu daripada larangan di bawah seksyen 4.
(2) Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberikan pengecualian itu jika, pada pendapat Suruhanjaya, perjanjian itu ialah perjanjian yang seksyen 5 terpakai baginya.
(3) Suatu pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini disebut sebagai βpengecualian individuβ.
(4) Pengecualian individu yang diberikan oleh Suruhanjaya bolehβ
(a) tertakluk kepada apa-apa syarat atau obligasi yang difikirkan sesuai dikenakan oleh Suruhanjaya; dan
(b) diberikan bagi suatu tempoh terhad sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(5) Suatu pengecualian individu boleh memperuntukkan bahawa ia akan berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.
Read this section in the full act β Β· Open Chapter 1 β
Find Act 712 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).