My bookmarksSign up free
← Competition Act 2010

Competition Act 2010 s 62

Competition Act 2010 s 62

s 62 Compounding of offences

(1) The Minister may, by regulations, prescribe any offence to be a compoundable offence and may prescribe the manner in which offences may be compounded. (2) The Commission may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act and prescribed to be a compoundable offence by making a written offer to the person suspected to have committed the offence to compound the offence upon payment to the Commission of an amount of money not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within such time as may be specified in the written offer. (3) An offer under subsection (2) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or such extended time as the Commission may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (4) Where an offence has been compounded under subsection (2), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and any record, book, account, document, computerized data or other thing seized in connection with the offence may be released by the Commission, subject to such terms and conditions as the Commission thinks fit to impose in accordance with the conditions of the compound. (5) All sums of money received by the Commission under this section shall be paid into the Federal Consolidated Fund.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, menetapkan apa-apa kesalahan sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dan boleh menetapkan cara yang mengikutnya kesalahan itu boleh dikompaun. (2) Suruhanjaya boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan menjadi suatu kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Suruhanjaya suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun itu. (5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 712 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next