My bookmarksSign up free
← Land Public Transport Act 2010

Land Public Transport Act 2010 s 15

Land Public Transport Act 2010 s 15

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 15

(Deleted by Act A1574).

Malay text (authoritative)

Kewajipan untuk berunding dengan Suruhanjaya berhubung dengan tindakan yang ditetapkan

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), menjadi kewajipan tiap-tiap Entiti Kerajaan untuk berunding dengan Suruhanjaya sebelum mengusahakan mana-mana tindakan yang berikut, sebagaimana yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi apa-apa sebab yang ditetapkan dalamnya: (a) larangan atau sekatan, yang bukan sebahagian daripada apa-apa skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan atau mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 13, bagi apa-apa kelas atau perihalan kenderaan motor, atau kenderaan motor dengan bilangan penumpang yang tertentu, sama ada selama tempoh kekal atau bagi apa-apa tempoh masa yang dinyatakan, daripada menggunakan mana-mana jalan yang dinyatakan yang terletak dalam bidang kuasa Entiti Kerajaan yang berkaitan itu; (b) pelencongan mana-mana jalan yang disebabkan oleh kerja-kerja jalan, saliran atau kerja-kerja awam atau kemudahan awam yang lain atau kemalangan yang tidak termasuk dalam perenggan (a); (c) mengawal selia syarat yang tertakluk kepadanya, dan masa apabila, benda yang mempunyai berat luar biasa atau dimensi yang luar biasa besarnya boleh dibawa di atas jalan, kecuali setakat yang kuasa itu dijalankan menurut perenggan 88(1)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987; (d) perancangan rangkaian jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya; (e) mengawal selia syarat yang tertakluk kepadanya, dan masa apabila, barangan boleh dimuatkan ke dalam atau dipunggah daripada kenderaan atau kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihalan tertentu di atas jalan, kecuali setakat yang kuasa itu dijalankan menurut perenggan 88(1)(g) Akta Pengangkutan Jalan 1987; (f) membuat kaedah-kaedah mengenai keutamaan yang perlu dipatuhi antara lalu lintas yang menghala ke arah yang sama, atau arah yang bertentangan, atau apabila melintasi jalan, kecuali setakat yang kuasa itu dijalankan menurut perenggan 88(1)(h) Akta Pengangkutan Jalan 1987; atau (g) apa-apa tindakan lain yang berkemungkinan menyebabkan halangan terhadap jalan, sebagaimana yang ditetapkan. (2) Jika tidaklah semunasabahnya suai manfaat atau praktik untuk berunding dengan Suruhanjaya sebelum mengambil apa-apa tindakan ad hoc yang diperihalkan dalam subseksyen (1), kecuali apa-apa perkara di bawah perenggan (1)(d), sama ada bagi maksud melindungi keselamatan awam, mengekalkan dan memelihara undang-undang dan ketenteraman atau bagi pencegahan atau pengesanan jenayah, Entiti Kerajaan yang berkaitan itu hendaklah memberitahu Suruhanjaya mengenai tindakan itu dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan selepas tindakan sedemikian telah diambil. (3) Jika dirundingi mengenai apa-apa perkara yang diperihalkan dalam subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah memberikan syornya dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan Entiti Kerajaan itu hendaklah, dengan mengambil kira tanggungjawabnya di bawah seksyen 5, memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada syor itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 3 β†’

Find Act 715 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next