My bookmarksSign up free
← Land Public Transport Act 2010

Land Public Transport Act 2010 s 182

Land Public Transport Act 2010 s 182

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 182 Penzahiran kepentingan

(1) Seseorang anggota Tribunal Rayuan hendaklah menzahirkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, kepada Pengerusi mengenai apa-apa kepentingan, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan kewajipan anggota itu sebagai anggota Tribunal Rayuan dalam sesuatu perkara tertentu. (2) Jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan kewajipan anggota itu sebagai anggota Tribunal Rayuan, Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu. (3) Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu. (4) Jika sesuatu pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan itu tidak boleh meneruskan pelaksanaan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu. (5) Kegagalan oleh anggota untuk menzahirkan kepentingannya di bawah subseksyen (1) hendaklah — (a) menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan itu, melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan (b) menjadikan anggota itu tertakluk kepada pembatalan pelantikannya di bawah seksyen 180.

Read this section in the full act →

Find Act 715 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next