Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 22 Conditions which may be attached to operator’s licence
(1) Subject to this Act, the Director General of Land Public Transport may attach to an operator’s licence issued under this Chapter such conditions as it may think fit, and in particular—
(a) that the licensed operator shall, in connection with his operator’s licence, only use—
(i) public service vehicles of the class of public service vehicles as specified in the operator’s licence; and
(ii) such number of public service vehicles of that class of public service vehicles as may be determined by the Director General of Land Public Transport,
having regard in particular, to such limitations as may be determined by the Minister pursuant to section 33,
to operate or provide the public service vehicle service as specified in the operator’s licence; and
(b) that the licensed operator shall have such duties, rights, obligations or restrictions as may be imposed by the Director General of Land Public Transport in respect of the public service vehicle service operated or provided by him and facilities, if any, provided by him, including—
(i) the extent, hours, frequency and routes or areas to be serviced;
(ii) the performance level of services to be provided to passengers;
(iii) the conduct of drivers and conductors of the public service vehicle;
(iv) the measures to safeguard the safety of passengers and other road users including—
(A) the requirement that passengers shall not be taken up or set down except at the points specified in the operator’s licence or shall not be taken up or set down between the specified points; and
(B) the requirement that passengers in excess of a specified number shall not be carried at any one time in each public service vehicle;
(v) the type of documents to be carried and information to be displayed on each public service vehicle, such as copies of the operator’s licence, timetable and fare table, and which shall be liable for inspection;
(vi) that the licensed operator shall keep and produce on demand for inspection and verification specified accounts, documents and records, other than the documents mentioned in subparagraph (1)(b)(v); and
(vii) the requirement that each public service vehicle is kept in a designated place while not in use.
(2) The Director General of Land Public Transport may, at any time in its discretion, add, cancel or vary any of the conditions attached to an operator’s licence under this section.
(3) A licensed operator who fails to comply with any of the conditions attached to the operator’s licence commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
*NOTE—see the Temporary Measures for Reducing the Impact Of Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) (Extension of Operation) (No. 3) Order 2021 [P.U. (A) 437/2021] which comes into operation on 1 January 2022 until 22 October 2022.
Malay text (authoritative)
Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali
(1) Tertakluk kepada Akta ini, Suruhanjaya boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya —
(a) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesen pengendalinya, hanya menggunakan —
(i) kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan
(ii) sekian bilangan kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan mengambil kira khususnya, apa-apa batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri menurut seksyen 33,
untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan
(b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dikendalikan atau diadakan olehnya dan kemudahan, jika ada, yang diadakan olehnya, termasuk —
(i) takat, jam, kekerapan dan laluan atau kawasan yang hendak diberi perkhidmatan;
(ii) tahap prestasi perkhidmatan yang hendak diberikan kepada penumpang;
(iii) kelakuan pemandu dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam;
(iv) langkah untuk melindungi keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain termasuk —
(A) kehendak bahawa penumpang tidak boleh diambil atau diturunkan kecuali di poin yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu atau tidak boleh diambil atau diturunkan di antara poin yang dinyatakan; dan
(B) kehendak bahawa penumpang yang melebihi bilangan yang dinyatakan tidak boleh dibawa pada satu-satu masa dalam setiap kenderaan perkhidmatan awam;
(v) jenis dokumen yang hendak dibawa dan maklumat yang hendak dipamerkan pada setiap kenderaan perkhidmatan awam, seperti salinan lesen pengendali, jadual waktu dan jadual tambang, dan yang boleh diperiksa;
(vi) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod yang dinyatakan, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(v); dan
(vii) kehendak bahawa setiap kenderaan perkhidmatan awam disimpan di tempat yang ditentukan semasa tidak digunakan.
(2) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini.
(3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).