Land Public Transport Act 2010 s 232
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 232 Power of road transport officer in investigation
(1) Every road transport officer making an investigation under this Act shall have the power to require information, whether orally or in writing, from any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case under investigation.
(2) Whoever, on being required by a road transport officer to give information under this section, furnishes as true information which he knows or has reason to believe to be false, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
(3) When any such information is proved to be untrue or incorrect in whole or in part, it shall be no defence to allege that such information or any part thereof was misinterpreted, or furnished inadvertently or without criminal or fraudulent intent.
Malay text (authoritative)
Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan
(1) Tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang dikatakan tahu akan fakta dan hal keadaan kes yang disiasat itu.
(2) Sesiapa, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai pengangkutan jalan untuk memberikan maklumat di bawah seksyen ini, memberikan sebagai benar maklumat yang dia mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3) Jika apa-apa maklumat sedemikian dibuktikan tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian daripada maklumat itu telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud.
Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →
Find Act 715 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).