s 253
(Deleted by Act A1574).
Land Public Transport Act 2010 s 253
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
(Deleted by Act A1574).
Kuasa Suruhanjaya untuk membuat kaedah-kaedah
(1) Suruhanjaya boleh membuat kaedah-kaedah bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) memperuntukkan bagi pembawaan penumpang, bagasi mereka dan barangan secara selamat oleh pengangkutan awam darat; (b) memperuntukkan bagi penggunaan selamat dan penyenggaraan β (i) terminal; dan (ii) kereta api termasuklah sistem kereta api dan premis kereta api; (c) mengawal selia pembukaan dan penutupan stesen kereta api dan laluan kereta api; (d) mengawal selia aktiviti yang berhubungan, berdampingan atau bersampingan yang ditetapkan yang diusahakan berkaitan dengan penyediaan mana-mana perkhidmatan kereta api; (e) memperuntukkan bagi segala perkara yang berhubungan dengan standard pelanggan di bawah Akta ini; (f) memperuntukkan mengenai obligasi pemegang lesen dan pengendali berlesen berkenaan dengan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan awam darat; (g) memperuntukkan mengenai pencegahan pencerobohan, kacau ganggu atau halangan ke atas, atau kerosakan atau kecederaan berhubung dengan, suatu kereta api; (h) memperuntukkan bagi pemeliharaan dan penggalakan ketertiban, sanitasi dan kebersihan di atas kenderaan yang berkaitan dan kereta api; (i) memperuntukkan bagi standard minimum dan spesifikasi berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan get atau sawar sesuatu lintasan rata kerja dan bagi mengawal selia penggunaan lintasan rata itu; (j) memperuntukkan mengenai jagaan lesen dan lesen pengendali, pengeluaran, pengembalian dan penyerahan balik lesen dan lesen pengendali apabila habis tempoh, pembatalan atau penggantungan lesen dan lesen pengendali itu, atau pengubahan syaratnya dan jagaan, pengeluaran, pengembalian dan penghapusan dokumen; (k) memperuntukkan mengenai bentuk daftar dan rekod lain yang hendak disimpan dan disenggarakan oleh Suruhanjaya, pembukaan, penyenggaraan dan penutupannya, pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripadanya dan pembekalan salinannya; (l) memperuntukkan mengenai bentuk pemberitahuan, notis dan perintah yang hendaklah dibuat di bawah Akta ini; (m) memperuntukkan mengenai rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan pemandu kenderaan yang berkaitan dan kereta api, penyata yang hendaklah dibuat dan cara menyimpan rekod; (n) memperuntukkan mengenai segala perkara yang berhubungan dengan penyediaan maklumat dan maklumat tambahan, dan pengecualian daripada menyediakan maklumat oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan, selain maklumat yang disebut dalam perenggan 252(1)(b) dan (f) dan subperenggan 252(1)(a)(ii) dan (iii), dan tahap perincian, lat tempoh, cara dan bentuk yang mengikutnya maklumat itu hendak disediakan bagi maksud Akta ini; (o) memperuntukkan bagi penubuhan, pentadbiran dan pengawalseliaan skim pematuhan berasaskan pentauliahan berhubung dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pemandu kenderaan yang berkaitan atau kereta api dan segala perkara yang berkaitan dengannya, termasuklah pemerakuan pentauliah bagi skim sedemikian dan peruntukan yang berhubungan dengan penguatkuasaan skim itu; (p) mengawal selia kewajipan, kelakuan dan syarat perkhidmatan termasuk waktu bertugas bagi pemandu, konduktor dan orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan atau kereta api; (q) mengawal selia bilangan orang yang hendak diambil kerja sebagai pemandu, konduktor dan orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan atau kereta api; (r) memperuntukkan bagi borang dan tatacara yang berhubungan dengan permohonan bagi lesen vokasional oleh pemandu kenderaan yang berkaitan dan tren kereta api, dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam, kelayakan minimum yang hendak dimiliki oleh orang itu, mengawal selia kelakuan, kewajipan dan kuasa mereka, dan apa-apa perkara yang berhubungan dengan terma perkhidmatan mereka dan kehendak bagi latihan yang berterusan; (s) mengawal selia bilangan orang yang hendak dibawa di atas sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api; (t) mengawal selia pembawaan penumpang dalam kenderaan barangan; (u) memperuntukkan mengenai kelengkapan, termasuklah alat pemadam api, alat pertolongan cemas atau kon keselamatan yang hendak dibawa oleh atau dilekatkan pada kenderaan yang berkaitan atau kereta api; (v) memperuntukkan bagi jenis meter teksi yang boleh dibenarkan, pengehadan penggunaannya, dan kawalan terhadap ujian, pembaikan dan penyenggaraan meter teksi; (w) (Dipotong oleh Akta A1552); (x) memperuntukkan mengenai kelakuan orang yang diambil kerja dengan atau berkaitan dengan kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api, dan cara pengenalan dan pakaian seragam yang hendaklah dipakai oleh mereka; (y) memperuntukkan mengenai kelakuan penumpang yang menaiki, dalam perjalanan di dalam atau menurun daripada sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api dan kelakuan bakal penumpang yang sedang menunggu untuk menaiki sesuatu kenderaan perkhidmatan awam (kecuali suatu kereta sewa dan pandu), kenderaan pelancongan atau kereta api; (z) menghendakiβ (i) pengalihan mana-mana orang yang melanggar kaedah-kaedah yang dibuat di bawah perenggan (y) daripada sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api; dan (ii) seorang penumpang yang disyaki dengan munasabah telah melanggar kaedah-kaedah yang dibuat di bawah perenggan (y) oleh pemandu atau konduktornya untuk memberikan nama dan alamatnya kepada seorang pegawai polis, atau pemandu, konduktor atau pekerja atau pegawai penguat kuasa lain pemegang lesen atau pengendali berlesen yang diberi kuasa dengan sewajarnya, atau pegawai dilantik, jika berkaitan, apabila diminta; (aa) mengawal selia cara pembayaran dan pengutipan tambang dan tambang muatan bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat dan, tertakluk kepada perenggan 252(1)(r), sistem pentiketan; (bb) menghendaki seseorang penumpang di atas sesuatu kenderaan perkhidmatan awam (kecuali suatu kereta sewa dan pandu) atau kereta api, jika diminta sedemikian oleh pemandu atau konduktornya atau pekerja atau pegawai penguat kuasa lain pemegang lesen atau pengendali berlesen yang diberi kuasa dengan sewajarnya, supaya meninggalkan kenderaan itu apabila tamat perjalanan yang baginya tambang telah dibayar olehnya; (cc) memperuntukkan bagi penyimpanan selamat atau pelupusan mana-mana harta yang ditinggalkan secara tidak sengaja dalam sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api dan mendapatkan balik kos yang ditanggung berkaitan dengannya; (dd) menghendaki tali pinggang keledar jalan dipasangkan pada apa-apa kelas atau perihalan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan sebagaimana yang dinyatakan, menyatakan standard minimum tentang kualiti bahan dan pembuatan berkenaan dengan tali pinggang keledar sedemikian dan tempat di mana tali pinggang keledar itu hendak dipasang, menghendaki penggunaan tali pinggang keledar itu dalam kenderaan sedemikian, dan mengawal penjualan atau pembekalan tali pinggang keledar yang tidak mematuhi standard minimum bagi kualiti bahan dan pembinaan itu; (ee) menyatakan saiz, bentuk dan sifat bagi apa-apa lambang, butir-butir, perkataan, huruf, warna, plat atau tanda yang hendak dipamerkan pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau kelasnya, cara bagaimana lambang, butir-butir, perkataan, huruf, warna, plat atau tanda itu hendak dipasangkan, dipamerkan, disuar dan dijadikan mudah dicamkan, sama ada pada waktu malam atau pada waktu siang, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai lambang, butir-butir, perkataan, huruf, warna, plat atau tanda yang berlainan untuk dibawa oleh atau diletakkan pada kenderaan yang berkaitan yang dilesenkan bagi suatu maksud tertentu atau bagi mengenal pasti kenderaan itu sebagai kenderaan yang berkaitan di bawah Akta ini; (ff) melarang, berkaitan dengan penggunaan kenderaan yang berkaitan dan kereta api, penggunaan apa-apa perkakas, perkakas tambahan atau jentera, atau perlakuan apa-apa perbuatan, yang mungkin akan menyebabkan kegusaran atau bahaya; (gg) mengawal selia lampu dan reflektor yang hendak dipasang oleh atau pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan itu, sama ada berkenaan dengan jenis lampu itu, tempat di mana dan warna latar belakang yang padanya lampu dan reflektor itu hendak dipasangkan, dan masa bila ia hendak dinyalakan, atau selainnya; (hh) menetapkan keadaan yang tertakluk kepadanya, dan masa apabila, barang-barang yang mempunyai berat luar biasa atau dimensi yang luar biasa besarnya boleh dibawa di atas jalan oleh kenderaan yang berkaitan; (ii) menetapkan cara bagaimana kenderaan yang berkaitan yang digunakan di jalan boleh dimuat dan langkah berjaga-jaga yang hendak diambil untuk memastikan keselamatan orang awam berkaitan dengannya; (jj) menetapkan syarat yang tertakluk kepadanya, dan masa apabila, barangan boleh dimuatkan ke dalam atau dipunggah daripada kenderaan yang berkaitan atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan yang berkaitan di jalan, kecuali yang berhubung dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang didaftarkan dalam mana-mana negara asing yang tertakluk kepada peruntukan mana-mana perjanjian antarabangsa yang dibuat oleh Kerajaan; (kk) melarang atau menetapkan syarat yang tertakluk kepadanya kenderaan yang berkaitan atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan yang berkaitan yang tertentu boleh ditinggalkan dalam keadaan tidak bergerak atau ditinggalkan tanpa dijaga di mana-mana jalan, mana-mana kelas jalan yang tertentu atau mana-mana jalan tertentu; (ll) mengehadkan dan mengawal selia penggunaan di jalan akan kenderaan yang menjalankan kerja menegakkan, menempatkan, memindahkan, mengubahkan atau membaiki lampu, kabel atas dan kerja-kerja jalan atau lebuh; (mm) memperuntukkan mengenai akaun dan rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan, dan rekod berkenaan dengan terminal atau penggunaan kenderaan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini; (nn) memperuntukkan mengenai tempoh yang dalamnya syor bertulis oleh Suruhanjaya kepada Menteri boleh dikemukakan mengenai pemberian kelulusan bagi suatu skim kereta api atau lesen untuk mengendali suatu kereta api; (oo) memperuntukkan mengenai pendepositan pelan, keratan atas skala dan buku rujukan bagi maksud kelulusan suatu skim kereta api; (pp) memperuntukkan bagi pembinaan, pembukaan dan penutupan dan syarat penggunaan lintasan rata suwa; (qq) memperuntukkan mengenai cara dan kekerapan pemeriksaan sesuatu kereta api selepas ia telah dibuka; (rr) memperuntukkan bagi apa-apa perkara lain yang baginya Akta ini membuat suatu peruntukan nyata bagi Suruhanjaya untuk membuat kaedah-kaedah; dan (ss) memperuntukkan bentuk dan kandungan mana-mana perkiraan atau perjanjian antara pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam dengan pemandu kenderaan perkhidmatan awam. (2) Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh membuat kaedah-kaedah yang berlainan bagi kelas, perihalan atau penggunaan yang berlainan kenderaan yang berkaitan atau kereta api dalam suatu cara pengangkutan awam darat yang tertentu.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).