My bookmarksSign up free
← Land Public Transport Act 2010

Land Public Transport Act 2010 s 45

Land Public Transport Act 2010 s 45

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 45 Revocation or suspension of licence

(1) The Director General of Land Public Transport may, by written notice to the licensee and without any compensation, revoke or suspend a licence issued under this Chapter— (a) if any of the provisions of this Act or any of the conditions of the licence has not been complied with; (b) if the issuance of the licence was induced by a false representation of fact by or on behalf of the licensee; (c) in the event of liquidation of the licensee or, where a receiver or manager is appointed in relation to the business of providing a tourism vehicle service of such licensee; or (d) if it is satisfied that the tourism vehicle in respect of which a licence has been issued under this Chapter has been or is intended to be used for an unlawful purpose or that the original purpose for which the licence was issued no longer exists: Provided that the Director General of Land Public Transport— (A) in the case of a breach of any of the conditions of the licence under paragraph (a), shall not revoke or suspend the licence unless it is satisfied, after giving the licensee an opportunity of making any representation in writing it may wish to make, that owing to the frequency of the breach, or to the breach having been committed wilfully or the danger to the public involved in the breach, the licence should be revoked or suspended; or (B) in the case of a breach of any of the provisions of this Act under paragraph (a), or paragraph (b), (c) or (d), shall not revoke or suspend the licence unless it is satisfied that, after giving the licensee an opportunity of making any representation in writing it may wish to make, the licence should be revoked or suspended. (2) For the purposes of subsection (1), a breach of any of the conditions specified in paragraph 42(1)(a) or (b) shall be deemed to be a breach which constitutes danger to the public. (3) Notwithstanding subsection (1), in the event that the licensee ceases to be licensed as a tourism enterprise under the Tourism Industry Act 1992, the licence issued under this Chapter shall be deemed to be revoked with effect from the date the licensee ceases to be licensed as a tourism enterprise. (4) It shall be the duty of each licensee to inform the Director General of Land Public Transport, not later than two days after the occurrence of the event specified in subsection (3), of the occurrence of that event and the effective date of that event, and return the licence issued under this Chapter to the Director General of Land Public Transport in accordance with subsection (5). (5) Where a licence— (a) has been revoked, it shall have no effect from the date of revocation and the licensee shall within fourteen days from the date of revocation of the licence return the licence to the Director General of Land Public Transport; or (b) has been suspended, it shall have no effect during the period of suspension. (6) A licensee who contravenes subsection (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.

Malay text (authoritative)

Pembatalan atau penggantungan lesen

(1) Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini — (a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen itu tidak dipatuhi; (b) jika pengeluaran lesen itu telah didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen itu; (c) sekiranya berlaku likuidasi pemegang lesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perkhidmatan kenderaan pelancongan pemegang lesen itu; atau (d) jika ia berpuas hati bahawa kenderaan pelancongan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Bab ini telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud: Dengan syarat bahawa Suruhanjaya — (A) dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen itu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung; atau (B) dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b), (c) atau (d), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen itu patut dibatalkan atau digantung. (2) Bagi maksud subseksyen (1), kemungkiran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 42(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai suatu kemungkiran yang merupakan bahaya kepada orang awam. (3) Walau apa pun subseksyen (1), sekiranya pemegang lesen itu terhenti dilesenkan sebagai suatu pengusahaan pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibatalkan mulai dari tarikh pemegang lesen itu terhenti dilesenkan sebagai suatu pengusahaan pelancongan. (4) Menjadi kewajipan setiap pemegang lesen untuk memberitahu Suruhanjaya, tidak lewat daripada dua hari selepas berlakunya kejadian yang dinyatakan dalam subseksyen (3), mengenai berlakunya kejadian itu dan tarikh kuat kuasa kejadian itu, dan mengembalikan lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini kepada Suruhanjaya mengikut subseksyen (5). (5) Jika suatu lesen — (a) telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Suruhanjaya; atau (b) telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu. (6) Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 715 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next