Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 69 Standards of performance for licensed operator
(1) It shall be the duty of a licensed operator under this Part to operate or provide public service vehicle services or goods vehicle services, as the case may be, authorized in his operator’s licence to meet the relevant standards of performance for such public service vehicle service or goods vehicle service provided by him.
(2) The Minister may make regulations on the standards of performance in connection with the operation or provision of public service vehicle services or goods vehicle services, as the case may be, as in its opinion ought to be achieved by a licensed operator.
(3) Without prejudice to the generality of subsection (2), regulations made under that subsection may—
(a) make provisions for procedures to be followed for the enforcement of the standards of performance; and
(b) provide circumstances in which a licensed operator may be exempted from complying with the standards of performance.
Malay text (authoritative)
Standard prestasi bagi pengendali berlesen
(1) Menjadi kewajipan seseorang pengendali berlesen di bawah Bahagian ini untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibenarkan dalam lesen pengendalinya untuk memenuhi standard prestasi yang berkaitan bagi perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan sedemikian yang diadakan olehnya.
(2) Suruhanjaya boleh membuat kaedah-kaedah mengenai standard prestasi yang berkaitan dengan pengendalian atau pengadaan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang pada pendapatnya patut dicapai oleh seorang pengendali berlesen.
(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh—
(a) membuat peruntukan bagi tatacara yang hendaklah diikuti bagi penguatkuasaan standard prestasi itu; dan
(b) mengadakan hal keadaan yang dalamnya seorang pengendali berlesen boleh dikecualikan daripada mematuhi standard prestasi itu.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).