Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 77 Stopping, detaining and inspecting relevant vehicles
(1) If any police officer in uniform, road transport officer in uniform or land public transport officer in uniform has reasonable cause to believe that the provisions of this Act or any conditions of a licence or operator’s licence issued under this Act have not been complied with in respect of any relevant vehicle, he may require such vehicle to be stopped and may require the driver of such vehicle to drive it to some other place, and the vehicle may, if necessary, be detained by any police officer not below the rank of Sergeant or any police officer in charge of a police station for the purpose of inspection
by a police officer, road transport officer or land public transport officer to ascertain whether the provisions of this Act or the conditions of such licence or operator’s licence have been complied with.
(2) No relevant vehicle shall be detained under this section for a period exceeding forty-eight hours.
(3) If on inspection of such relevant vehicle, it is found that the licensee or licensed operator has contravened the provisions of this Act or any conditions of a licence or operator’s licence issued under this Act, the Director General of Land Public Transport may order such vehicle to be discontinued from use or to be used on such conditions as the Director General of Land Public Transport considers necessary to be in compliance with this Act or any conditions of the licence or operator’s licence issued under this Act.
(4) A person who in contravention of subsection (1) fails to stop his relevant vehicle commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
(5) A person who continues to use such relevant vehicle in contravention of subsection (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Memberhentikan, menahan dan memeriksa kenderaan yang berkaitan
(1) Jika mana-mana pegawai polis berpakaian seragam, pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam atau pegawai dilantik berpakaian seragam mempunyai sebab yang munasabah untuk
mempercayai bahawa peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini tidak dipatuhi berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan, dia boleh menghendaki supaya kenderaan itu diberhentikan dan boleh menghendaki pemandu kenderaan itu supaya memandu kenderaan itu ke suatu tempat lain, dan kenderaan itu boleh, jika perlu, ditahan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai polis yang menjaga suatu balai polis bagi maksud pemeriksaan oleh seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai dilantik untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini atau syarat lesen atau lesen pengendali itu telah dipatuhi.
(2) Tiada kenderaan yang berkaitan boleh ditahan di bawah seksyen ini bagi tempoh yang melebihi empat puluh lapan jam.
(3) Jika selepas pemeriksaan kenderaan yang berkaitan itu, didapati bahawa pemegang lesen atau pengendali berlesen itu telah melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Suruhanjaya boleh memerintahkan supaya penggunaan kenderaan itu diberhentikan atau kenderaan itu digunakan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya untuk mematuhi Akta ini atau mana-mana syarat lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(4) Seseorang yang berlanggaran dengan subseksyen (1) tidak memberhentikan kenderaan yang berkaitannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5) Seseorang yang terus menggunakan kenderaan yang berkaitan itu berlanggaran dengan subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).