My bookmarksSign up free
← Wildlife Conservation Act 2010

Wildlife Conservation Act 2010 s 101

Wildlife Conservation Act 2010 s 101

s 101 Power to stop, search and seize conveyance

(1) If an enforcement officer has reasonable cause to suspect that any conveyance is carrying any wildlife, part or derivative of any wildlife, snare, trap, bait, poisoned bait, arms, book, record, document or thing in respect of which an offence under this Act or any of its subsidiary legislation is being or has been committed, he may stop and search the conveyance and may, if on examination he has reasonable cause to believe that such conveyance is or has been used for the commission of such offence, seize such conveyance and any wildlife, part or derivative of any wildlife, snare, trap, bait, poisoned bait, arms, book, record, document or thing found in the conveyance that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of such offence. (2) The person in control or in charge of the conveyance shall, if required to do so by the enforcement officer— (a) stop the conveyance and allow the enforcement officer to search it; and (b) open all parts of the conveyance for search and take all measures necessary to enable or facilitate the carrying out of the search as the enforcement officer considers necessary. (3) The enforcement officer may, in the exercise of his powers under this section, if it is necessary so to do, detain any person found in the conveyance until the search has been completed. (4) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding thirty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut

(1) Jika seorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan menggeledah pengangkut itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. (2) Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa— (a) memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai penguat kuasa itu menggeledahnya; dan (b) membuka semua bahagian pengangkut itu untuk digeledah dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan penggeledahan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai penguat kuasa. (3) Pegawai penguat kuasa itu boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika ia adalah perlu untuk berbuat demikian, menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam pengangkut itu sehingga selesai penggeledahan. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 716 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next