s 47 Declaration of wildlife reserves and wildlife sanctuaries
The State Authority may, after consultation with the Minister, from time to time by notification in the Gazette—
(a) declare any State land to be a wildlife reserve or a wildlife sanctuary and designate the officer for the time being having the control of such reserve or sanctuary;
(b) define and alter the boundaries of the wildlife reserve or the wildlife sanctuary;
(c) in the case of a wildlife reserve, specify certain animals and birds (which are not wildlife according to this Act) as totally protected wildlife or protected wildlife (as the case may require) which shall be in addition to the lists of any wildlife specified in the Schedules to this Act.
Malay text (authoritative)
Perisytiharan rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar
Pihak Berkuasa Negeri boleh, selepas berunding dengan Menteri, dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta—
(a) mengisytiharkan mana-mana tanah Negeri sebagai suatu rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar dan menetapkan pegawai yang pada masa itu mempunyai kawalan ke atas rizab atau tempat perlindungan itu;
(b) menetapkan dan mengubah sempadan rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar itu;
(c) dalam hal rizab hidupan liar, menetapkan haiwan dan burung tertentu (yang bukan hidupan liar mengikut Akta ini) sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau hidupan liar yang dilindungi (mengikut kehendak keadaan) yang hendaklah menjadi tambahan kepada senarai mana-mana hidupan liar yang dinyatakan dalam Jadual-Jadual kepada Akta ini.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).