My bookmarksSign up free
← Wildlife Conservation Act 2010

Wildlife Conservation Act 2010 s 53

Wildlife Conservation Act 2010 s 53

s 53 Owner or occupier of land may use birdlime to destroy grain-eating birds

(1) Notwithstanding anything in this Act, an owner or occupier of land may, with the written approval of the Director, use birdlime for the good faith destruction of grain-eating birds found damaging or destroying growing cereals during the period when the crop is ripe or ripening. (2) The Director may, when giving his approval under this section, give directions— (a) as to the setting of the birdlime; and (b) as to the adequate supervision and control over the use of the birdlime. (3) An owner or occupier of land authorized to use birdlime shall comply with the directions under subsection (2). (4) The owner or occupier of land shall, when the crop is reaped, destroy any birdlime and any container, stick or other material upon which birdlime has been used. (5) An owner or occupier of land who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Pemunya atau penduduk tanah boleh menggunakan getah burung untuk membinasakan burung yang memakan bijirin

(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, seseorang pemunya atau penduduk tanah boleh, dengan kelulusan bertulis Pengarah, menggunakan getah burung bagi membinasakan secara suci hati burung-burung yang memakan bijirin yang didapati merosakkan atau membinasakan bijirin yang sedang tumbuh semasa tanaman itu masak atau sedang masak. (2) Pengarah boleh, apabila memberikan kelulusannya di bawah seksyen ini, memberikan arahan— (a) tentang pemasangan getah burung itu; dan (b) tentang pengawasan dan kawalan yang mencukupi terhadap penggunaan getah burung itu. (3) Seseorang pemunya atau penduduk tanah yang dibenarkan untuk menggunakan getah burung hendaklah mematuhi arahan dalam subseksyen (2). (4) Pemunya atau penduduk tanah hendaklah, apabila tanaman itu dituai, memusnahkan apa-apa getah burung dan apa-apa bekas, kayu atau apa-apa bahan lain yang padanya getah burung telah digunakan. (5) Seseorang pemunya atau penduduk tanah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 716 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next