My bookmarksSign up free
← Wildlife Conservation Act 2010

Wildlife Conservation Act 2010 s 86

Wildlife Conservation Act 2010 s 86

s 86 Cruelty to wildlife

(1) Save as otherwise provided in this section, any person who— (a) beats, kicks, infuriates, terrifies, tortures, declaws or defangs any wildlife; (b) neglects to supply sufficient food or water to any wildlife which he houses, confines or breeds; (c) keeps, houses, confines or breeds any wildlife in such manner so as to cause it unnecessary pain or suffering including the housing, confining or breeding of any wildlife in any premises which is not suitable for or conducive to the comfort or health of the wildlife; (d) uses any wildlife for performing or assisting in the performance of any work or labour which by reason of any infirmity, wound, disease or any other incapacity it is unfit to perform; (e) uses, provokes or infuriates any wildlife for the purpose of baiting it or for fighting with any other wildlife or animal, or manages any premises or place for any of these purposes; or (f) wilfully does or wilfully omits to do anything which causes any unnecessary suffering, pain or discomfort to any wildlife, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than five thousand ringgit and not more than fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (2) This section shall not apply to any person who wounds any wildlife in the course of lawfully hunting it under this Act.

Malay text (authoritative)

Kezaliman terhadap hidupan liar

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, mana-mana orang yang— (a) memukul, menendang, memberangkan, menakutkan, menyeksa, mencabut kuku atau mencabut taring manamana hidupan liar; (b) cuai untuk memberikan makanan atau air yang cukup kepada mana-mana hidupan liar yang ditempatkan, dikurung atau dibiak olehnya; (c) menyimpan, menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana hidupan liar dalam apa-apa cara yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak patut termasuk menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana hidupan liar di dalam mana-mana premis yang tidak sesuai atau kondusif bagi keselesaan atau kesihatan hidupan liar itu; (d) menggunakan mana-mana hidupan liar untuk melaksanakan atau membantu dalam pelaksanaan apa-apa kerja atau perburuhan yang tidak boleh dilaksanakan oleh hidupan liar itu oleh sebab kelemahan, luka, penyakit atau apaapa hilang upaya yang lain; (e) menggunakan, memprovokasi atau memberangkan manamana hidupan liar bagi maksud mengumpannya atau untuk melagakannya dengan mana-mana hidupan liar atau haiwan lain, atau menguruskan mana-mana premis atau tempat bagi mana-mana maksud itu; atau (f) dengan sengaja melakukan atau dengan sengaja meninggalkan daripada dilakukan apa-apa yang menyebabkan apa-apa penderitaan, kesakitan atau ketidakselesaan yang tidak perlu kepada mana-mana hidupan liar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yang mencederakan mana-mana hidupan liar semasa memburu dengan sah di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →

Find Act 716 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next