s 4 Functions of the Perbadanan
The functions of the Perbadanan are as follows:
(a) to establish, manage, operate and maintain the stadiums;
(b) to implement policies and development programmes to ensure the viability of the stadiums;
(c) to develop and improve the stadiums and to furnish and equip the stadiums with plant, machinery, equipment and apparatus as the Perbadanan thinks appropriate;
(d) to promote the stadiums, at national and international level, as multi-purpose venues for sports, recreational, cultural, educational, commercial and entertainment events and such other events as the Perbadanan thinks fit;
(e) to develop and provide at the stadiums such facilities and services of a commercial nature complementary to the stadiums, including residential accommodation;
(f) to encourage and promote the use of the stadiums by any person, whether local or foreign, on such terms and conditions as the Perbadanan deems fit;
(g) to provide technical, advisory, consultancy services and other services related to sports and stadiums;
(h) to co-operate and enter into arrangements with any person interested in the development of educational, medical and research facilities for sports at the stadiums, and if appropriate, elsewhere for the development of such facilities;
(i) to develop a system and process that will make the stadiums accessible, affordable and appealing to the public; and
(j) to carry out any other functions as it deems fit to enable it to perform its functions effectively or which is incidental to the performance of its functions.
Malay text (authoritative)
Fungsi Perbadanan
Fungsi Perbadanan adalah seperti yang berikut:
(a) untuk menubuhkan, menguruskan, mengendalikan dan menyenggarakan stadium;
(b) untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju stadium;
(c) untuk memajukan dan menambah baik stadium dan untuk menyediakan dan melengkapkan stadium dengan loji, jentera, kelengkapan dan perkakasan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan;
(d) untuk mempromosikan stadium, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sebagai suatu tempat serbaguna untuk acara sukan, rekreasi, kebudayaan, pendidikan, komersial dan hiburan dan apa-apa acara lain yang difikirkan patut oleh Perbadanan;
(e) untuk membangunkan dan menyediakan di stadium apa-apa kemudahan dan perkhidmatan bersifat komersial yang melengkapi stadium, termasuklah tempat penginapan;
(f) untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan stadium oleh mana-mana orang, sama ada tempatan atau asing, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Perbadanan;
(g) untuk menyediakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan sukan dan stadium;
(h) untuk bekerjasama dan membuat perkiraan dengan mana-mana orang yang berminat dalam pembangunan kemudahan pendidikan, perubatan dan penyelidikan bagi sukan di stadium, dan jika sesuai, di tempat lain untuk pembangunan kemudahan sedemikian;
(i) untuk memajukan sistem dan proses yang akan menjadikan stadium mudah, mampu dan menarik kepada orang awam; dan
(j) untuk menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).