My bookmarksSign up free
← Perbadanan Stadium Malaysia 2010

Perbadanan Stadium Malaysia 2010 s 46

Perbadanan Stadium Malaysia 2010 s 46

s 46 Continuance of officers and servants

(1) The persons who immediately before the appointed date were employed as officers and servants of the dissolved Corporation shall, on the appointed date, be deemed to have been employed by the Perbadanan established by this Act. (2) Every person who immediately before the appointed date was employed as an officer or servant of the dissolved Corporation shall, on the appointed date, be employed as an officer or servant of the Perbadanan established by this Act upon terms and conditions of service not less favourable than the terms and conditions of service to which he was entitled immediately before the appointed date. (3) If changes are made on and after the appointed date with respect to the conditions of service of the officers and servants of the dissolved Corporation who are deemed under subsection (1) to have been employed by the Perbadanan established by this Act, they shall be given an option whether to continue to be subject to the existing conditions of service or to be subject to the new conditions of service.

Malay text (authoritative)

Penerusan pegawai dan pekhidmat

(1) Orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Perbadanan yang dibubarkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah diambil khidmat oleh Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta ini. (2) Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Perbadanan yang dibubarkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta ini atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan. (3) Jika perubahan dibuat pada atau selepas tarikh yang ditetapkan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan yang dibubarkan yang disifatkan di bawah subseksyen (1) telah diambil khidmat oleh Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta ini, mereka hendaklah diberi pilihan sama ada untuk terus tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang sedia ada atau tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang baru.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 717 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next