s 5 Powers of the Perbadanan
(1) The Perbadanan shall have the power to do all things expedient or reasonably necessary for or incidental to the carrying out of its functions.
(2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the powers of the Perbadanan shall include the powerβ
(a) to carry on all activities, particularly activities which are commercial in nature, which appear to it to be requisite, advantageous or convenient for or in connection with the performance of its functions;
(b) to initiate and carry out studies of possible development and redevelopment of stadiums and to propose plans outlining development or redevelopment activities and surveys to determine if the undertaking and carrying out of development or redevelopment of the stadiums are feasible;
(c) to erect any building on any immovable property of the Perbadanan and lay out and prepare such property for any sports, games, recreations, pastimes, exhibitions and parades which may be suitably or conveniently held thereon, to provide pavilions, gymnasiums, refreshment rooms, shops, stalls, lavaratories and such other related amenities as the Perbadanan deems fit and to maintain or reconstruct any building standing on the Perbadanan land;
(d) to hold or promote any sports, games, recreations, pastimes, exhibitions and parades, and to grant or contribute towards prizes, awards and distinctions;
(e) to undertake activities relating to research and development on activities, services and other matters related to sports and stadiums, and to commission any person or body to carry out such research and development;
(f) to co-operate with or act as authorized agent of, or otherwise act in association with or on behalf of, any company or corporation, or any body or person, whether local or foreign for the development of stadium facilities and services;
(g) to directly or indirectly approach any investor or potential investor, whether local or foreign, in order to promote investment in the development, operation and management of stadiums;
(h) to liaise and co-ordinate with the Statesβ authorities in respect of any activities relating to stadiums;
(i) to apply for and accept the alienation or transfer of land for development, operation and management of stadiums;
(j) to appoint such agents as it may deem fit for the purpose of performing its functions;
(k) to impose fees, costs, levies, contributions or any other charges as it deems fit for giving effect to any of its functions or powers; and
(l) to do all things expedient or necessary for or incidental to the performance of its functions under this Act.
Malay text (authoritative)
Kuasa Perbadanan
(1) Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang secara munasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan penjalanan fungsinya.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Perbadanan hendaklah termasuk kuasaβ
(a) untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti bersifat komersial, yang didapati olehnya adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(b) untuk mengambil inisiatif dan membuat kajian mengenai kemungkinan pembangunan dan pembangunan semula stadium dan untuk mencadangkan pelan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula serta kaji selidik untuk menentukan sama ada pengusahaan dan pelaksanaan pembangunan atau pembangunan semula stadium itu boleh dilaksanakan;
(c) untuk membina apa-apa bangunan atas apa-apa harta tak alih Perbadanan dan menyediakan serta menyiapkan harta itu bagi apa-apa sukan, permainan, rekreasi, kegiatan masa lapang, pameran dan perarakan yang
mungkin sesuai atau mudah untuk diadakan di situ, untuk menyediakan astaka, gimnasium, ruang hidangan ringan, kedai, gerai, tandas dan apa-apa kemudahan lain yang berkaitan yang difikirkan patut oleh Perbadanan dan untuk menyenggarakan atau membina semula apa-apa bangunan yang terdapat di atas tanah Perbadanan;
(d) untuk mengadakan atau menggalakkan apa-apa sukan, permainan, rekreasi, kegiatan masa lapang, pameran dan perarakan, dan untuk memberikan atau menyumbang hadiah, anugerah dan kepujian;
(e) untuk mengusahakan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan aktiviti, perkhidmatan dan perkara lain yang berkaitan dengan sukan dan stadium, dan untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan itu;
(f) untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa bagi, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang, sama ada tempatan atau asing bagi maksud pembangunan kemudahan dan perkhidmatan stadium;
(g) untuk menghubungi mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing secara langsung atau tidak langsung, bagi menggalakkan pelaburan dalam pembangunan, pengendalian dan pengurusan stadium;
(h) untuk berhubung dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Negeri berkenaan dengan aktiviti yang berhubungan dengan stadium;
(i) untuk memohon bagi dan menerima pemberimilikan atau pemindahan hakmilik tanah untuk pembangunan, pengendalian dan pengurusan stadium;
(j) untuk melantik mana-mana ejen sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(k) untuk mengenakan fi, kos, levi, caruman atau apa-apa caj lain yang disifatkannya patut bagi memberi kuat kuasa kepada mana-mana fungsi atau kuasanya; dan
(l) untuk membuat segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).