Schedule SCHEDULESupplementary
[Subsection 6(3)]
Meetings
1. (1) The Perbadanan shall meet at such times and places as the Chairman may determine.
(2) The Chairman shall preside at a meeting of the Perbadanan.
(3) The Chairman who presides at a meeting of the Perbadanan and four other members shall constitute a quorum at any meeting of the Perbadanan.
(4) Every member present at a meeting of the Perbadanan shall be entitled to one vote.
(5) If on any question to be determined by the Perbadanan there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting votes as well as his deliberative vote.
Perbadanan may invite others to meetings
2. (1) The Perbadanan may invite any person to attend any meeting or deliberation of the Perbadanan for the purpose of advising it on any matter under discussion, but that person shall not be entitled to vote at the meeting or deliberation.
(2) A person invited under subparagraph (1) may be paid such allowances and other expenses as the Perbadanan may determine.
Common seal
3. (1) The Perbadanan shall have a common seal which shall bear such device as the Perbadanan shall approve and such seal may be broken, changed, altered or made anew as the Perbadanan deems fit.
(2) The common seal shall be kept in the custody of the Chief Executive Officer or such other person as may be authorized by the Perbadanan, and shall be authenticated by the Chief Executive Officer or such authorized person or by any officer authorized by the Chief Executive Officer in writing; and all deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the said seal, authenticated as aforesaid, shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed:
Provided that any document or instrument which if executed by a person not being a body corporate would not be required to be under seal may in like manner be executed by the Perbadanan; and any such document or instrument may be executed on behalf of the Perbadanan by any officer or servant of the Perbadanan generally or specially authorized by the Perbadanan in that behalf.
(3) The common seal of the Perbadanan shall be officially and judicially noticed.
Disclosure of interest
4. A member of the Perbadanan having, directly or indirectly, by himself or his partner, any interest in any company or undertaking with which the Perbadanan proposes to make any contract or having any interest in any such contract or in any matter under discussion by the Perbadanan shall disclose to the Perbadanan the fact of his interest and the nature thereof, and such disclosure shall be recorded in the minutes of the Perbadanan and, unless specifically authorized thereto by the Chairman, such member shall take no part in any deliberation or decision of the Perbadanan relating to the contract or matter.
Minutes
5. (1) The Perbadanan shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in proper form.
(2) Minutes made of meetings of the Perbadanan shall, if duly signed, be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof.
(3) Every meeting of the Perbadanan in respect of the proceedings of which minutes have been so made shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act.
Validity of acts and proceedings
6. No act done or proceedings taken under this Act shall be questioned on the ground ofβ
(a) a vacancy in the membership of, or a defect in the constitution of, the Perbadanan;
(b) the contravention by any member of the Perbadanan of the provisions of paragraph 4; or
(c) any omission, defect or an irregularity not affecting the merits of the case.
Procedure
7. Subject to this Act, the Perbadanan may determine its own procedure.
Member of Perbadanan to devote time to business of the Perbadanan
8. Every member of the Perbadanan shall devote such time to the business of the Perbadanan as may be necessary to discharge his duties effectively.
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA
Malay text (authoritative)
JADUAL
[Subseksyen 6(3)]
Mesyuarat
1. (1) Perbadanan hendaklah bermesyuarat pada bila-bila masa dan di mana- mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Perbadanan.
(3) Pengerusi yang mempengerusikan sesuatu mesyuarat Perbadanan dan empat orang anggota lain hendaklah membentuk suatu kuorum pada mana- mana mesyuarat Perbadanan.
(4) Tiap-tiap anggota yang hadir pada mesyuarat Perbadanan berhak kepada satu undi.
(5) Jika mengenai sesuatu persoalan untuk diputuskan oleh Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus di samping undi biasanya.
Perbadanan boleh mengundang orang lain ke mesyuarat
2. (1) Perbadanan boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat atau penimbangtelitian Perbadanan bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau penimbangtelitian itu.
(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Meterai Perbadanan
3. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
(2) Meterai Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Perbadanan, dan hendaklah ditentusahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai tersebut, yang ditentusahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang sama oleh Perbadanan; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Perbadanan bagi maksud itu.
(3) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Penzahiran kepentingan
4. Seseorang anggota Perbadanan yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mana-mana kepentingan dalam mana-mana syarikat atau perusahaan yang dengannya Perbadanan bercadang untuk membuat kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam mana-mana perkara yang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan kepada Perbadanan hakikat kepentingan dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran yang sedemikian hendaklah direkodkan dalam minit Perbadanan dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus kepadanya oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa penimbangtelitian atau keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Minit
5. (1) Perbadanan hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sewajarnya.
(2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(3) Tiap-tiap mesyuarat Perbadanan yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat sedemikian rupa hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan tindakan dan prosiding
6. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasanβ
(a) sesuatu kekosongan dalam keanggotaan, atau sesuatu kecacatan dalam penubuhan Perbadanan;
(b) pelanggaran oleh mana-mana anggota Perbadanan terhadap peruntukan perenggan 4; atau
(c) sesuatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Tatacara
7. Tertakluk kepada Akta ini, Perbadanan boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Anggota Perbadanan hendaklah menumpukan masa kepada urusan Perbadanan
8. Tiap-tiap anggota Perbadanan hendaklah menumpukan masa kepada urusan Perbadanan sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).