My bookmarksSign up free
← Agensi Inovasi Malaysia Act 2010

Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 s 17

Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 s 17

s 17 Vacation of office of member of committee

(1) The office of a member of a committee appointed under section 16 shall be vacated if— (a) he dies; (b) there has been proved against him, or he has been convicted of, a charge in respect of— (i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude; (ii) an offence under any law relating to corruption; or (iii) any other offence punishable with imprisonment (in itself only or in addition to or in lieu of a fine) for more than two years; (c) he becomes a bankrupt; (d) he is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties; (e) he absents himself from three consecutive meetings of the committee without leave of the Council; (f) his resignation is accepted by the Council; or (g) his appointment is revoked by the Council. (2) Where a member of the committee ceases to be a member, the Council may appoint another person to fill the vacancy for the remainder of the term for which the vacating member was appointed.

Malay text (authoritative)

Pengosongan jawatan anggota jawatankuasa

(1) Jawatan seseorang anggota jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 16 hendaklah dikosongkan jika— (a) dia mati; (b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undangundang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun; (c) dia menjadi bankrap; (d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (e) dia tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis; (f) peletakan jawatannya diterima oleh Majlis; atau (g) pelantikannya dibatalkan oleh Majlis. (2) Jika seseorang anggota jawatankuasa terhenti menjadi anggota, Majlis boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 718 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next