(1) The Prime Minister shall appoint a Chief Executive Officer on such terms and conditions as he may determine.
(2) The Chief Executive Officer shall be responsible for the general conduct, administration and management of the functions, activities and day-to-day affairs of the Agency.
(3) The Chief Executive Officer shall have general control of the officers and employees of the Agency.
(4) The Agency shall vest in the Chief Executive Officer such powers and impose upon him such duties as may be determined by the Agency.
(5) The Chief Executive Officer shall not decide on matters pertaining to policy and the strategic direction of the Agency without the approval of the Council.
(6) The Chief Executive Officer shall exercise reasonable care, skill, diligence and proper judgment in exercising his duties under this Act.
(7) The Chief Executive Officer is deemed to have exercised proper judgment referred to in subsection (6) if he—
(a) makes the judgment in good faith for a proper purpose;
(b) does not have a material personal interest in the subject matter of the judgment;
(c) is informed about the subject matter of the judgment to the extent he reasonably believes to be appropriate under the circumstances; and
(d) reasonably believes that the judgment is in the best interest of the Government and the Agency.
Malay text (authoritative)
Ketua Pegawai Eksekutif
(1) Perdana Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan olehnya.
(2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian Agensi.
(3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekerja Agensi.
(4) Agensi hendaklah meletakhakkan apa-apa kuasa pada dan mengenakan apa-apa kewajipan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi.
(5) Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara yang berhubungan dengan dasar dan haluan strategik Agensi tanpa kelulusan Majlis.
(6) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan semunasabahnya berhati-hati, mahir, berusaha dan menggunakan pertimbangan wajar dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini.
(7) Ketua Pegawai Eksekutif disifatkan telah menggunakan pertimbangan wajar sebagaimana yang disebut dalam subsekyen
(6) jika dia—
(a) membuat pertimbangan itu dengan suci hati bagi maksud yang wajar;
(b) tidak mempunyai kepentingan peribadi yang material dalam hal perkara pertimbangan itu;
(c) telah dimaklumkan tentang hal perkara pertimbangan itu pada takat yang dipercayainya secara munasabah adalah patut mengikut hal keadaan itu; dan
(d) semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan itu adalah untuk kepentingan terbaik Kerajaan dan Agensi.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).