My bookmarksSign up free
← Agensi Inovasi Malaysia Act 2010

Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 s 25

Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 s 25

s 25 Expenditure and preparation of estimate

(1) The expenditure of the Agency up to such amount as may be authorized by the Prime Minister for one year shall be defrayed out of the Operational Fund and Innovation Fund. (2) Before the end of September of each year, the Agency shall submit to the Prime Minister an estimate of the expenditure, including— (a) projected budget and expenses for Operational Fund and Innovation Fund; (b) proposed activities and projects to be carried out; and (c) the key performance indicators of the proposed activities and projects to be carried out, by reference to which the development, performance or position of the Agency can be measured effectively. (3) The Prime Minister shall, before the beginning of the following year, notify the Agency of the amount authorized for expenditure generally or of the amount authorized for each description of expenditure based on the estimates prepared under subsection (2). (4) The Agency may, at any time, submit to the Prime Minister a supplementary estimate of its expenditure for any one year and the Prime Minister may allow the whole or any part of the additional expenditure included in the supplementary estimate. (5) The Prime Minister may direct the Agency to submit a copy of the estimate or supplementary estimate, as the case may be, to such other public authority as may be specified in the direction.

Malay text (authoritative)

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

(1) Perbelanjaan Agensi setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Perdana Menteri bagi satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Operasi dan Kumpulan Wang Inovasi. (2) Sebelum akhir September setiap tahun, Agensi hendaklah mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuklah— (a) belanjawan dan perbelanjaan yang dirancangkan untuk Kumpulan Wang Operasi dan Kumpulan Wang Inovasi; (b) aktiviti dan projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan; dan (c) petunjuk prestasi utama bagi aktiviti dan projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan, yang dengan merujuk kepadanya kemajuan, prestasi atau kedudukan Agensi dapat diukur secara berkesan. (3) Perdana Menteri hendaklah, sebelum awal tahun yang berikutnya, memberitahu Agensi mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2). (4) Agensi boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Perdana Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu. (5) Perdana Menteri boleh mengarahkan Agensi supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 718 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next