Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 s 27
s 27 Accounts and reports
(1) The Agency shall cause to be kept proper accounts of the Operational Fund and the Innovation Fund and reports of its activities and shall, as soon as practicable after the end of each financial year, caused to be prepared for that financial year—
(a) a statement of accounts of the Agency which shall include a balance sheet and an account of income and expenditure; and
(b) a statement of its activities.
(2) The Agency shall as soon as possible send a copy of the statements of accounts and statements of activities mentioned in subsection (1) certified by the Auditor General and a copy of the Auditor General’s report to the Prime Minister who shall cause them to be laid before both Houses of Parliament.
(3) The Statutory Bodies (Account and Annual Reports) Act 1980 [Act 240] shall apply to the Agency.
Malay text (authoritative)
Akaun dan laporan
(1) Agensi hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sewajarnya bagi Kumpulan Wang Operasi dan Kumpulan Wang Inovasi dan laporan aktivitinya dan hendaklah, seberapa cepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—
(a) suatu penyata akaun Agensi yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
(b) suatu penyata aktivitinya.
(2) Agensi hendaklah seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun dan penyata aktiviti yang disebut dalam subseksyen (1) yang diperakukan oleh Ketua Audit Negara dan suatu salinan laporan Ketua Audit Negara kepada Perdana Menteri yang hendaklah menyebabkan penyata akaun, penyata aktiviti dan laporan Ketua Audit Negara itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
(3) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Agensi.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 718 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).