My bookmarksSign up free
← Agensi Inovasi Malaysia Act 2010

Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 s 31

Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 s 31

s 31 Power to appoint Innovation Ambassador

(1) The Agency may, in consultation with any ministry, Government institution or agency and Federal Government linked company, appoint such number of Innovation Ambassadors to advise the Ministry, Government institution or agency and Federal Government linked company on matters relating to innovation as the Agency considers necessary. (2) The person appointed under subsection (1) as an Innovation Ambassador shall be paid such remuneration or allowances by the Agency as the Agency may determine. (3) The Innovation Ambassador shall be under the general control of, and shall report to, the Agency. (4) For the purposes of subsection (1), the Innovation Ambassador shall be placed at the Ministry, Government institution or agency and Federal Government linked company. (5) The terms and conditions of the placement and the matters to be advised by the Innovation Ambassador shall be agreed upon by the Agency and the Ministry, Government institution or agency and the Federal Government linked company concerned. (6) The Innovation Ambassador shall table a report to the Council with regard to his placement at the Ministry, Government institution or agency and Federal Government linked company. (7) Where an Innovation Ambassador is appointed under subsection (1), the Ministry, Government institution or agency and Federal Government linked company shall co-operate with the Innovation Ambassador.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk melantik Duta Inovasi

(1) Agensi boleh, dengan merundingi mana-mana Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan, melantik apa-apa bilangan Duta Inovasi untuk menasihati Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan itu mengenai perkara yang berhubungan dengan inovasi yang difikirkan perlu oleh Agensi. (2) Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) sebagai Duta Inovasi hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun oleh Agensi sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi. (3) Duta Inovasi hendaklah berada di bawah kawalan am, dan hendaklah membuat laporan kepada, Agensi. (4) Bagi maksud subseksyen (1), Duta Inovasi hendaklah ditempatkan di Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan itu. (5) Terma dan syarat penempatan dan perkara yang hendak dinasihati oleh Duta Inovasi hendaklah dipersetujui oleh Agensi dan Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan yang berkenaan. (6) Duta Inovasi hendaklah membentangkan suatu laporan kepada Majlis berkenaan dengan penempatannya di Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan. (7) Jika seseorang Duta Inovasi dilantik di bawah subseksyen (1), Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan hendaklah bekerjasama dengan Duta Inovasi itu.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 718 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next