My bookmarksSign up free
← Agensi Inovasi Malaysia Act 2010

Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 s 43

Agensi Inovasi Malaysia Act 2010 s 43

s 43 Offence for unauthorized modification of the information or documents

(1) A person commits an offence if he does any act, or causes any person to do any act, which he knows will cause unauthorized modification of any information, statistic or other data, whether in electronic form or otherwise, in the possession, custody or control of the Agency. (2) For the purposes of this section— (a) it is immaterial that the act in question is not directed at— (i) any particular information, statistic or data; (ii) information, statistic or data of any kind; or (iii) any information, statistic or data held in any particular location; (b) it is immaterial whether an unauthorized modification is, or is intended to be, permanent or merely temporary; (c) a modification of any information, statistic or data takes place if— (i) such information, statistic or data is altered or erased; (ii) any new information, statistic or data is introduced or added to such information, statistic or data; or (iii) any event occurs which impairs the ability of the Agency to have access to such information, statistic or data, and includes any act that contributes towards causing such modification. (3) A person who commits an offence under this section shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to an imprisonment for a term not exceeding five years or to both.

Malay text (authoritative)

Kesalahan bagi pengubahsuaian maklumat atau dokumen tanpa kebenaran

(1) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika dia melakukan apa-apa perbuatan, atau menyebabkan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan, yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kebenaran apa-apa maklumat, statistik atau data lain, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milik, jagaan atau kawalan Agensi. (2) Bagi maksud seksyen ini— (a) adalah tidak material bahawa perbuatan yang berkenaan tidak ditujukan kepada— (i) apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu; (ii) apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau (iii) apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu; (b) adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kebenaran menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara; (c) sesuatu pengubahsuaian apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika— (i) maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan; (ii) apa-apa maklumat, statistik atau data baru dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau (iii) apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Agensi untuk mendapatkan akses kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuk apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu. (3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 718 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next