My bookmarksSign up free
← International Islamic Liquidity Management Corporation Act 2011

International Islamic Liquidity Management Corporation Act 2011 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act; “trust or fund of the Corporation” means a trust or fund established by the Corporation to fulfill its objectives or to carry out any of its functions under the Articles of Agreement; “Pool of Assets” means the Shariah compliant assets contributed by the asset providers to the Corporation; “Bank” means Bank Negara Malaysia established under the Central Bank of Malaysia Act 2009 [Act 701]; “national interest” includes security, economic, social and political interests which would be beneficial or is important to Malaysia; “chief executive officer” means a person by whatever name called who is responsible for the conduct of the business and administration of the Corporation; “Governing Board” means the Governing Board of the Corporation; “Corporation” means the International Islamic Liquidity Management Corporation; “General Assembly” means the General Assembly of the Corporation; “Articles of Agreement” means the agreement for the establishment of the Corporation and includes any amendment, addition, modification or alteration made from time to time; “Islamic securities” means any securities issued by the Corporation, a subsidiary, a special purpose vehicle or a trust or fund of the Corporation pursuant to a scheme of financing in accordance with the principles of Shariah approved by the Shariah Committee of the Corporation; “special purpose vehicle” means a company established solely for the issuance of Islamic securities, by the Corporation or a subsidiary; “subsidiary” means a subsidiary established by the Corporation to fulfill its objectives or to carry out any of its functions under the Articles of Agreement.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; “amanah atau dana Perbadanan” ertinya suatu amanah atau dana yang ditubuhkan oleh Perbadanan untuk memenuhi objektifnya atau untuk menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Perkara Perjanjian; “Aset Terkumpul” ertinya aset patuh Shariah yang disumbangkan oleh pemberi aset kepada Perbadanan; “Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701]; “kepentingan negara” termasuklah kepentingan keselamatan, ekonomi, sosial dan politik yang memberi manfaat atau mustahak kepada Malaysia; “ketua pegawai eksekutif” ertinya seseorang walau apa jua nama disebut yang bertanggungjawab bagi pengendalian perniagaan dan pentadbiran Perbadanan; “Lembaga Pengelola” ertinya Lembaga Pengelola Perbadanan; “Perbadanan” ertinya Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa; “Perhimpunan Agung” ertinya Perhimpunan Agung Perbadanan; “Perkara Perjanjian” ertinya perjanjian bagi penubuhan Perbadanan dan termasuklah apa-apa pindaan, tambahan, ubah suaian atau perubahan yang dibuat dari semasa ke semasa; “sekuriti Islam” ertinya apa-apa sekuriti yang diterbitkan oleh Perbadanan, suatu subsidiari, suatu syarikat tujuan khas atau suatu amanah atau dana Perbadanan menurut skim pembiayaan mengikut prinsip Shariah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Perbadanan; “syarikat tujuan khas” ertinya suatu syarikat yang ditubuhkan semata-mata bagi penerbitan sekuriti Islam, oleh Perbadanan atau suatu subsidiari; “subsidiari” ertinya suatu subsidiari yang ditubuhkan oleh Perbadanan untuk memenuhi objektifnya atau untuk menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Perkara Perjanjian.

Read this section in the full act →

Find Act 721 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next