My bookmarksSign up free
← International Islamic Liquidity Management Corporation Act 2011

International Islamic Liquidity Management Corporation Act 2011 s 9

s 9 Authority to hold land in the Federation

(1) Notwithstanding the provisions of any written law to the contrary, the Corporation may own or hold or be granted, alienated, leased or transferred to, any land or any interest in any land in any part of the Federation, for the purposes of the Corporation or the residence or office of the chief executive officer or the officers of the Corporation. (2) The land or interest referred to in subsection (1) may be held by the Corporation in its name or on its behalf by any person nominated for the purposes of this subsection either generally or in a particular case by writing addressed to the Minister charged with the responsibility for foreign affairs by or on behalf of the Corporation, as the case may be, and the Corporation or person, as the case may be, shall be registered accordingly as proprietor, lessee or otherwise, as the case may require, in any register kept under the provisions of the National Land Code. (3) For the purpose of any dealing in any land or interest in any land vested in the name of the Corporation, any person authorized for the purposes of this subsection either generally or in any particular case by writing addressed to the Minister charged with the responsibility for foreign affairs by or on behalf of the Corporation may, by virtue of such authorization, execute all or any instruments and do any act or thing for giving effect to any dealing with such land on behalf of the Corporation in the same manner and to the like extent as if such person had been authorized thereto by a valid power of attorney duly delivered under the provisions of the National Land Code.

Malay text (authoritative)

Kebenaran memegang tanah di Persekutuan

(1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang yang berlawanan, Perbadanan boleh memiliki atau memegang atau diberikan, diberi hakmilik, dipajakkan atau dipindahkan hakmilik kepada, mana-mana tanah atau apa-apa kepentingan mengenai mana-mana tanah di mana-mana bahagian Persekutuan, bagi maksud Perbadanan atau kediaman atau pejabat ketua pegawai eksekutif atau pegawai Perbadanan. (2) Tanah atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dipegang oleh Perbadanan atas namanya atau bagi pihaknya oleh mana-mana orang yang dinamakan bagi maksud subseksyen ini sama ada secara am atau dalam hal tertentu secara bertulis yang dialamatkan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri oleh atau bagi pihak Perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Perbadanan atau orang, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai tuan punya, penerima pajak atau selainnya, mengikut kehendak keadaan, dalam apa-apa daftar yang disimpan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara. (3) Bagi maksud apa-apa urusan mengenai apa-apa tanah atau kepentingan dalam apa-apa tanah yang terletak hak atas nama Perbadanan, mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud subseksyen ini sama ada secara amnya atau dalam hal tertentu secara bertulis yang dialamatkan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri oleh atau bagi pihak Perbadanan boleh, oleh sebab pemberikuasaan itu, menyempurnakan semua atau apa-apa surat cara dan melakukan apa-apa perbuatan atau perkara bagi memberikan kuat kuasa kepada apa-apa urusan mengenai tanah sedemikian bagi pihak Perbadanan mengikut cara yang sama dan setakat yang serupa seolah-olah orang itu telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian melalui suatu surat kuasa wakil yang sah yang dihantar serah dengan sewajarnya di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.

Read this section in the full act β†’

Find Act 721 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next