My bookmarksSign up free
← Money Services Business Act 2011

Money Services Business Act 2011 s 77

Money Services Business Act 2011 s 77

s 77 Power of court to make certain orders

(1) Where on an application by the Bank, it appears to the court that— (a) there is reasonable likelihood that any person will contravene any provision of this Act; or (b) any person has contravened a provision of this Act and that there are steps which could be taken to remedy the contravention or to mitigate the effect of such contravention including making restitution to any other person aggrieved by such contravention, whether or not that person has been charged with an offence in respect of the contravention or whether or not a contravention has been proved in a prosecution, the court may, without prejudice to any order it would be entitled to make otherwise than pursuant to this section, make one or more of the following orders: (A) an order restraining or requiring the cessation of the contravention; (B) an order requiring that person, or any other person, who appears to have been knowingly involved in the contravention, to take such steps as the court may direct to remedy it or to mitigate its effect including making restitution to any other person aggrieved by such contravention; (C) for the purpose of securing compliance with any other order under this section, an order directing a person to do or refrain from doing a specified act; (D) an order restraining the person from acquiring, disposing of or otherwise dealing with, property which the court is satisfied such person is reasonably likely to dispose of or otherwise deal with; (E) where a person has refused or failed, is refusing or failing, or is proposing to refuse or fail, to do any act that he is required to do under any provision of this Act, an order requiring such person to do such act; (F) in a case where the person is a chief executive officer, director or manager responsible for the money services business of a licensee or money services business agent, an order removing him from office or that he be barred from becoming a chief executive officer, director or manager of the licensee or money services business agent, or be involved in the management, directly or indirectly, of the licensee or money services business agent for such period as may be determined by the court; or (G) any ancillary order deemed to be desirable in consequence of the making of an order under any of the preceding provisions of this subsection. (2) If an application is made to a court for an order under subsection (1), the court may, if in its opinion it is desirable to do so, before considering the application, make an interim order and such order shall be expressed to have effect pending the determination of the application. (3) The court may, before making an order under subsection (1), direct that notice of an application be given to such persons as it thinks fit or direct that notice of the application be published in such manner as it thinks fit, or both. (4) Where an application is made to the court for an order under paragraph (1)(E), the court may grant the order— (a) where the court is satisfied that the person has refused or failed to do the required act, whether or not it appears to the court that the person intends to again refuse or fail or continue to refuse or fail, to do the required act; or (b) where it appears to the court that in the event that such an order is not granted, it is likely that the person will refuse or fail to do the required act, whether or not the person has previously refused or failed to do the act or whether or not there is any imminent risk of damage to any person if the person required to do such act or thing refuses or fails to do so. (5) Where an application for an order under subsection (1) is made by the Bank or any person duly authorized by the Bank, the court shall not, as a condition of the grant of the order, require any undertaking as to damages to be given by or on behalf of the Bank. (6) Any person who fails to comply with an order under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both. (7) Subsection (6) does not affect the powers of the court in relation to the punishment of contempt of court. (8) The court may rescind, vary or discharge an order made by it under this section or suspend the operation of such an order.

Malay text (authoritative)

Kuasa mahkamah untuk membuat perintah tertentu

(1) Jika atas suatu permohonan yang dibuat oleh Bank, mahkamah mendapati bahawa— (a) wujud kemungkinan yang munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini; atau (b) mana-mana orang telah melanggar suatu peruntukan Akta ini dan terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk meremedi pelanggaran itu atau untuk mengurangkan kesan pelanggaran itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran itu, sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu dakwaan, mahkamah boleh, tanpa menjejaskan apa-apa perintah yang berhak dibuat olehnya selain menurut seksyen ini, membuat satu atau lebih daripada perintah yang berikut: (A) suatu perintah yang menahan atau menghendaki pemberhentian pelanggaran itu; (B) suatu perintah yang menghendaki orang itu, atau manamana orang lain yang diketahui terlibat dalam pelanggaran itu, untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah untuk meremedi atau mengurangkan kesan pelanggaran itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran itu; (C) bagi maksud memastikan pematuhan apa-apa perintah lain di bawah seksyen ini, suatu perintah yang mengarahkan seseorang untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan suatu perbuatan yang dinyatakan; (D) suatu perintah yang menahan orang itu daripada memperoleh, melupuskan atau selainnya menguruskan, harta yang mengenainya mahkamah berpuas hati bahawa orang itu mungkin semunasabahnya melupuskan atau selainnya menguruskannya; (E) jika seseorang itu telah enggan atau tidak, atau masih enggan atau tidak, atau bercadang untuk enggan atau tidak, melakukan apa-apa perkara yang ia dikehendaki untuk melakukannya di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, suatu perintah yang menghendaki orang itu untuk melakukannya; (F) dalam hal jika orang itu ialah seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus yang bertanggungjawab ke atas perniagaan perkhidmatan wang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang, suatu perintah yang memecat orang itu daripada jawatannya atau dia dihalang daripada menjadi seorang ketua pegawai eksekutif, pengarah atau pengurus pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu, atau untuk terlibat dalam pengurusan, secara langsung atau tidak langsung, pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wang itu bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah; atau (G) apa-apa perintah sampingan yang disifatkan wajar berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan terdahulu subseksyen ini. (2) Jika suatu permohonan dibuat kepada suatu mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah itu boleh, jika pada pendapatnya adalah wajar untuk berbuat demikian, sebelum mempertimbangkan permohonan itu, membuat suatu perintah interim dan perintah itu hendaklah dinyatakan mempunyai kuat kuasa sementara menanti penentuan permohonan itu. (3) Mahkamah boleh, sebelum membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), mengarahkan supaya notis permohonan itu diberikan kepada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya patut atau mengarahkan supaya notis permohonan itu disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, atau kedua-duanya. (4) Jika suatu permohonan dibuat kepada mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1)(E), mahkamah boleh membenarkan perintah itu— (a) jika mahkamah berpuas hati bahawa orang itu telah enggan atau tidak melakukan perbuatan yang dikehendaki itu, sama ada atau tidak mahkamah mendapati bahawa orang itu berniat sekali lagi untuk enggan atau tidak atau terus untuk enggan atau tidak, melakukan perbuatan yang dikehendaki itu; atau (b) jika mahkamah mendapati bahawa sekiranya perintah sedemikian tidak dibenarkan, berkemungkinan bahawa orang itu akan enggan atau tidak melakukan perbuatan yang dikehendaki itu, sama ada atau tidak orang itu telah sebelum ini enggan atau tidak melakukan perbuatan itu atau sama ada atau tidak terdapat apa-apa risiko kerugian yang hampir berlaku kepada mana-mana orang jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu atau benda itu enggan atau tidak berbuat demikian. (5) Jika suatu permohonan bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1) dibuat oleh Bank atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Bank, mahkamah tidak boleh, menjadikan sebagai suatu syarat bagi perintah itu diberikan, menghendaki apa-apa aku janji tentang ganti rugi yang kena diberikan oleh atau bagi pihak Bank. (6) Mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. (7) Subseksyen (6) tidak menyentuh kuasa mahkamah berhubung dengan hukuman hina mahkamah. (8) Mahkamah boleh menghapuskan, mengubah atau membatalkan sesuatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 731 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next