My bookmarksSign up free
← Kampong Bharu Development Corporation Act 2011

Kampong Bharu Development Corporation Act 2011 s 55

Kampong Bharu Development Corporation Act 2011 s 55

s 55 Power to make regulations

(1) The Minister may, after the consultation with the Corporation, make regulations as may be expedient or necessary for giving full effect or the better carrying out of the provisions of this Act. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), regulations may be made for or in respect of all or any of the following matters: (a) prescribing the manner in which the records and documents to be managed relating to the development of Kampong Bharu shall be kept and maintained; (b) prescribing fees or charges for services provided by the Corporation; and (c) providing for such other matters as are necessary for giving effect to the provisions of this Act. First Schedule [Section 6] Times and places of meetings 1. (1) The Corporation shall hold as many meetings as are necessary for the efficient performance of its functions and such meetings are to be held at such places and times as the Chairman may decide, provided that the Chairman shall not allow more than two months to lapse between meetings. (2) The Chairman shall call for a meeting if requested to do so in writing by the Minister. Quorum 2. The Chairman and at least half of the members of the Corporation shall form a quorum at any meeting of the Corporation. Casting vote 3. If on any question to be determined by the Corporation there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. Corporation may invite others to meetings 4. (1) The Corporation may invite any person to attend any meeting or deliberation of the Corporation for the purpose of advising it on any matter under discussion, but any person so attending shall have no right to vote at the meeting or deliberation. (2) A person invited under subparagraph (1) shall be paid such allowances as may be determined by the Corporation. Minutes 5. (1) The Corporation shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in proper form. (2) The minutes of meetings of the Corporation, if duly signed, shall, in any legal proceedings, be admissible as prima facie evidence of the facts stated in the minutes without further proof. (3) Every meeting of the Corporation of which minutes have been made in accordance with subparagraphs (1) and (2) shall be deemed to have been duly convened and held and all members at the meeting to have been duly qualified to act. Procedure 6. The Corporation may regulate its own procedure. Validity of acts and proceedings 7. No act done or proceeding taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of, the Corporation; or (b) any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case. Members to devote time to business 8. The members of the Corporation shall devote such time to the business of the Corporation as is necessary to discharge their duties effectively. Second Schedule [Subsection 20(3)] Times and places of meetings 1. (1) The Advisory Council is to hold as many meetings as are necessary for the efficient performance of its functions and such meetings are to be held at such places and times as the Chairman may decide, provided that the Chairman shall not allow more than two months to lapse between meetings. (2) The Chairman shall call for a meeting if requested to do so in writing by the Minister. Quorum 2. The Chairman and at least half of the members of the Advisory Council shall form a quorum at any meeting of the Advisory Council. Casting vote 3. If on any question to be determined by the Advisory Council there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. Advisory Council may invite others to meetings 4. The Advisory Council may invite any person to attend any meeting or deliberation of the Advisory Council for the purpose of advising it on any matter under discussion, but any person so attending shall have no right to vote at the meeting or deliberation. Minutes 5. (1) The Advisory Council shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in proper form. (2) The minutes of meetings of the Advisory Council, if duly signed, shall, in any legal proceedings, be admissible as prima facie evidence of the facts stated in the minutes without further proof. (3) Every meeting of the Advisory Council of which minutes have been made in accordance with subparagraphs (1) and (2) shall be deemed to have been duly convened and held and all members at the meeting to have been duly qualified to act. Procedure 6. The Advisory Council may regulate its own procedure. Validity of acts and proceedings 7. No act done or proceeding taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of, the Advisory Council; or (b) any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case. DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Perbadanan, membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturan boleh dibuat bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) menetapkan cara yang mengikutnya rekod dan dokumen yang hendak diuruskan berhubungan dengan pembangunan Kampong Bharu hendaklah disimpan dan disenggarakan; (b) menetapkan fi atau caj bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan; dan (c) memperuntukkan bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. Jadual Pertama [Seksyen 6] Masa dan tempat mesyuarat 1. (1) Perbadanan hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat. (2) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta untuk berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri. Kuorum 2. Pengerusi dan sekurang-kurangnya separuh daripada anggota Perbadanan yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Perbadanan. Undi Pemutus 3. Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. Perbadanan boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 4. (1) Perbadanan boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Perbadanan bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi manamana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. Minit 5. (1) Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit mesyuarat Perbadanan, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Perbadanan yang berkenaan dengannya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Tatacara 6. Perbadanan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Kesahan perbuatan dan prosiding 7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Perbadanan; atau (b) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan 8. Anggota Perbadanan hendaklah menumpukan masa kepada urusan Perbadanan sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan. Jadual Kedua [Subseksyen 20(3)] Masa dan tempat mesyuarat 1. (1) Majlis Penasihat hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu. (2) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta untuk berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri. Kuorum 2. Pengerusi dan sekurang-kurangnya separuh daripada anggota Majlis Penasihat yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Majlis Penasihat. Undi pemutus 3. Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Majlis Penasihat terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. Majlis Penasihat boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 4. Majlis Penasihat boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis Penasihat bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi manamana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. Minit 5. (1) Majlis Penasihat hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit mesyuarat Majlis Penasihat jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Majlis Penasihat yang berkenaan dengannya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Tatacara 6. Majlis Penasihat boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Kesahan perbuatan dan prosiding 7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Majlis Penasihat; atau (b) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 733 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next