(1) A person who is or was in the employment of the Lembaga may be surcharged if it appears to the Lembaga that the person—
(a) has failed to collect money owing to the Lembaga for the collection of which he is or was responsible;
(b) is or was responsible for any improper payment of money from the Lembaga or for any payment of money which is not duly approved;
(c) is or was responsible, directly or indirectly, for any deficiency in, or for the destruction of, any money, store or other property of the Lembaga;
(d) being or having been an accounting officer, fails or has failed to keep proper accounts or records; or
(e) has failed to make any payment, or is or was responsible for any delay in the payment from the Lembaga, of money to any person to whom such payment is due under any law or under any contract, agreement or arrangement entered into between that person and the Lembaga.
(2) The Lembaga shall, before the person is surcharged, serve on him a written notice calling on him to show cause why he should not be surcharged.
(3) If a satisfactory explanation is not received within fourteen days from the date of service of the aforesaid notice, the Lembaga may—
(a) in the case of paragraphs (1)(a), (b) and (c), surcharge against the person a sum not exceeding the amount not collected, or of the improper payment made, or of the deficiency in or destruction of the property caused; and
(b) in the case of paragraphs (l)(d) and (e), surcharge against the person, such sum as the Lembaga may think fit.
Malay text (authoritative)
Pengenaan surcaj
(1) Seseorang yang sedang atau telah bekerja dengan Lembaga boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga bahawa orang itu—
(a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;
(b) yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Lembaga yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c) yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Lembaga;
(d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
(e) tidak membuat apa-apa pembayaran, atau yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah manamana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga.
(2) Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.
(3) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis seperti yang disebut terdahulu, Lembaga boleh—
(a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam, atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan
(b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apaapa jumlah wang terhadap orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).