Lembaga Kemajuan Johor Tenggara Act 1972 s 17
s 17 Establishment of the Fund
(1) For the purposes of this Act there is established a fund to be administered and controlled by the Lembaga.
(2) The Fund shall consist of—
(a) such sums as may be provided from time to time for those purposes by Parliament or the Legislative Assembly of the State;
(b) such sums as may be allocated from time to time to the Lembaga from loan funds;
(c) moneys earned by the operation of any project, scheme or enterprise financed from the Fund;
(d) moneys earned or arising from any property, investments, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Lembaga;
(e) any property, investments, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Lembaga;
(f) sums borrowed by the Lembaga for the purpose of meeting any of its obligations or discharging any of its duties; and
(g) all other sums or property which may in any manner become payable to or vested in the Lembaga in respect of any matter incidental to its powers and duties.
(3) In this section the expression “loan funds” means such sums as may be made available from time to time to the Government of the Federation or of the State by way of loan.
Malay text (authoritative)
Penubuhan Kumpulan Wang
(1) Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang ditubuhkan yang akan ditadbir dan dikawal oleh Lembaga.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;
(b) apa-apa wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada kumpulan wang pinjaman;
(c) wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau enterpris yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(d) wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Lembaga;
(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Lembaga;
(f) wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada tanggungannya atau menjalankan mana-mana daripada kewajipannya; dan
(g) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apaapa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
(3) Dalam seksyen ini ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan atau Negeri sebagai pinjaman.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 75 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).